Seo Services

Petronas menawarkan 10% royalti dalam MLNG 4




Pihak Petronas telah bersetuju menawarkan kerajaan negeri 10% kepentingan dalam Gas Cecair Asli Malaysia Sdn Bhd (MLNG) 4.

Tawaran tersebut adalah hasil daripada rundingan negeri dengan Petronas untuk meningkatkan penyertaan dalam industri minyak dan gas dan meminta kenaikan royalti minyak dari 5% kepada 20%.

Hal ini juga telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem pada sidang media selepas menghadiri sambutan Ramah Tamah Aidilfitri PBB di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.

“Petronas telah bersetuju untuk menawarkan kepada kita yang pada asalnya 5% dalam MLNG 4 tetapi kini mereka telah bersetuju untuk menaikkan peratus kepada 10%. Ini adalah beberapa rundingan dan kami akan meneruskan rundingan dan saya akan berikan taklimat dari semasa ke semasa mengenai tawaran ini," kata Adenan.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri dan Petronas telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan eksekutif kanan Petronas untuk bekerja keras menjadikan penyertaan negeri dalam industri minyak dan gas di perairan negeri lebih bermakna.

"Akan ada satu jawatankuasa utama dan lima jawatankuasa kecil ke atas royalti, gas, tanggungjawab sosial korporat, kontrak dan perkara-perkara lain," ujar beliau.

Apabila diajukan soalan mengenai bilakah MLNG 4 akan bermula, beliau berkata ia akan bermula tidak lama lagi tetapi "berkemungkinan bukan tahun ini".

Beliau menambah bahawa kos pegangan negeri dalam MLNG 4 akan dikira tetapi pada masa ini masih dalam rundingan.

"Tetapi pada dasarnya, telah dipersetujui bahawa kita mempunyai 10%," tegas beliau.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.
Petronas menawarkan 10% royalti dalam MLNG 4 Petronas menawarkan 10% royalti dalam MLNG 4 Reviewed by Unknown on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.