Seo Services

Arab Saudi Beri AS$1 Bilion Kepada Lubnan Perkukuh Keselamatan

JEDDAH (Arab Saudi): Arab Saudi memberi bantuan sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion) kepada tentera Lubnan bagi memperkukuhkan keselamatan negara itu di sempadan Syria, kata bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri.

"Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah memaklumkan kepada saya mengenai keputusannya yang bermurah hati untuk menyediakan satu bilion dolar kepada tentera Lubnan dan pasukan keselamatan negara untuk memperkukuhkan keupayaannya bagi memelihara keselamatan Lubnan," katanya kepada pemberita di Jeddah pada Rabu.

Bercakap dari istana Raja Abdullah di bandar Laut Merah, Arab Saudi, ahli politik berpengaruh dari puak Sunni itu berkata: "kita telah menerima bantuan ini." - AFP

Arab Saudi Beri AS$1 Bilion Kepada Lubnan Perkukuh Keselamatan Arab Saudi Beri AS$1 Bilion Kepada Lubnan Perkukuh Keselamatan

Reviewed by Admin on August 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.