Seo Services

Kesulitan penduduk di Beting Maro tidak pernah diabaikan - Rohani


BATANG LUPAR: Kerajaan sedang berusaha untuk menyediakan semua kemudahan asas yang diperlukan penduduk di kawasan Beting Maro di sini, bagi memastikan mereka dapat menikmati kehidupan selesa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya menyedari kesulitan dihadapi penduduk yang masih gagal menikmati beberapa kemudahan diperlukan.

Katanya, masalah itu tidak pernah diabaikan oleh kerajaan dan beberapa usaha untuk menyelesaikannya sedang diambil.

"Antaranya, saya telah berurusan dengan Kementerian Kesihatan untuk mendapat kelulusan menggunakan sebuah kuarters di Sekolah Kebangsaan (SK) Beting Maro untuk dijadikan Klinik Desa bagi merawat masyarakat setempat.

"Kini, kita hanya menunggu Kementerian Pendidikan untuk membenarkan kuarters berkenaan digunakan," katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 1435H di sini semalam.

Yang hadir sama timbalannya, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menurut Rohani, sebuah Klinik Desa amat diperlukan di Beting Maro kerana apabila tiba musim tengkujuh, penduduk sukar untuk keluar mendapatkan rawatan di klinik terdekat di Kabong yang memerlukan mereka menyeberangi sungai.

Beliau berkata, pembukaan Klinik Desa di kuarters sekolah tersebut dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan setelah membuat penilaian di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Rohani mengakui ketiadaan jalan raya ke kawasan tersebut menyukarkan kehidupan penduduk menghantar hasil tanaman untuk dijual pada musim tengkujuh.

"Kita berharap agar pembinaan jalan raya sepanjang 13 kilometer yang dipohon ini dapat direalisasikan pihak berkenaan," ujarnya.

Mengenai bekalan air pula, beliau memberi jaminan akan memastikan pengagihan air oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada musim kemarau ini turut diberikan kepada sekolah dan masjid.-UtusanOnline
Kesulitan penduduk di Beting Maro tidak pernah diabaikan - Rohani Kesulitan penduduk di Beting Maro tidak pernah diabaikan - Rohani  Reviewed by Unknown on August 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.