Seo Services

Bagaimana nasib pekerja McD jika terus diboikot?


Mungkin ramai yang beranggapan McD akan menutup premisnya jika kita berterusan untuk memboikot mereka. Namun hakikatnya McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot.

McD akan terus beroperasi seperti biasa kerana dia tak menanggung kerugian cuma keuntungan menurun sedikit.

Apa yang terjejas mungkin 'market share' sahaja. Sebagai contoh, jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja.

Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggila.


Ironinya, pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel.

Tetapi, menurut beberapa laporan, McD Malaysia menafikan tidak pernah menyalurkan apa-apa bantuan dana kewangan kepada rejim Zionis.

Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah, rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan rasa hatinya maka dia akan mengalami konflik jiwa.

Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.

Ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik berhentilah kerja di McD.


remake [sumber]
Bagaimana nasib pekerja McD jika terus diboikot? Bagaimana nasib pekerja McD jika terus diboikot? Reviewed by Unknown on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.