Seo Services

Tekanan kerja boleh ganggu seks anda!


Berlaku di Sandakan baru-baru ini, mayat seorang lelaki bersama nota yang bertulis 'tidak tahan tekanan kerja' telah ditemui di tingkat lima tempat letak kereta. Kes terjun bangunan dan bunuh diri bukanlah kes luar biasa kerana sejak akhir-akhir ini, ramai lelaki mengalami tekanan melampau terhadap pekerjaan.

Tiada keyakinan diri dan gagal mengatasi masalah menjadi punca utama kebanyakan lelaki merasa tertekan apabila berada di pejabat. Sikap ketua yang suka mencari kesalahan dan bersikap mendesak membuatkan individu ini tidak dapat melakukan tugas dengan baik dan mengganggu rutin harian.

Sebenarnya, tekanan di dalam pekerjaan adalah perkara biasa. Cuma, ia memerlukan kekuatan dan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah dan perlu bersikap tenang. Apabila berada di pejabat, anda perlu mencari rakan yang bersikap positif dan sedia membantu untuk mengurangkan beban anda. Jika anda berdepan dengan masalah, anda perlu berterus-terang dengan ketua dan bukannya memendam masalah seorang diri.

Tahukah anda bahawa tekanan kerja boleh mendatangkan kesan kepada gaya hidup anda? Penurunan tahap seksual, masalah kemurungan, menjadi panas baran, mendatangkan penyakit dan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan boleh berlaku sekelip mata.

Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, individu ini perlu bertemu pakar kaunseling untuk mendapatkan mendapatkan nasihat dan aura baik. Selain itu, amal gaya hidup sihat seperti memilih makanan yang bersih dan sihat, sentiasa bersukan dan rehat mencukupi sudah memadai untuk individu menjadi orang yang berfikiran positif.

Jika anda pernah mengalami situasi 'dibuli' di tempat kerja sehingga mendatangkan tekanan, kami sarankan anda fikir semula untuk berhenti atau melakukan kerja gila seperti kes bunuh diri ini. Tekanan berada di pejabat tetapi tetap mendapat gaji setiap bulan atau tekanan tidak bekerja, mana lebih teruk?

Jangan biarkan tekanan ‘membunuh’ kehidupan anda dan ada baiknya anda terus berdepan dengan ketua anda. Apa yang penting, nikamt seks anda tidak merudum gara-gara tekanan yang dialami!
Tekanan kerja boleh ganggu seks anda! Tekanan kerja boleh ganggu seks anda! Reviewed by Unknown on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.