Seo Services

Dua mangsa warga Britain akan dibawa pulang ke UK


Seorang kakitangan Newcastle University, United Kingdom (UK) Prof Reg Jordan berkata beliau bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar warga Britain itu ke UK.

Beliau berkata keutamaan sekarang ialah membantu keluarga mangsa dan memastikan mayat kedua-dua pelajar dibawa pulang ke UK dengan secepat mungkin.

"Kami memberi apa sahaja bantuan yang boleh dalam menghadapi keadaan yang tragik ini," kata beliau dalam kenyataan semalam.


Jordan berkata Aidan Brunger dan Neil Dalton, melakukan apa yang beribu-ribu pelajar perubatan lakukan setiap tahun dengan menimba pengalaman dan ilmu perubatan yang berharga di seberang laut.

"Kedua-dua mereka merupakan pelajar cemerlang dan komited serta mempunyai potensi dan kehilangan mereka akan dirasai oleh semua orang di sekolah perubatan. Seluruh universiti berkabung atas kematian mereka," kata beliau.

Setakat ini, empat suspek ditahan untuk membantu siasatan terhadap kejadian berkenaan.


sumber
Dua mangsa warga Britain akan dibawa pulang ke UK Dua mangsa warga Britain akan dibawa pulang ke UK Reviewed by Unknown on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.