NEW DELHI - Sebuah kapal perang India tiba di Pelabuhan Sepanggar di Sabah untuk melakukan lawatan muhibah ke Malaysia, lapor Press Trust of India.
Ia melaporkan kapal INS Ranvijay memasuki pelabuhan pada Rabu bertujuan memperkukuh hubungan pertahanan dua hala.
Ia melaporkan kapal INS Ranvijay memasuki pelabuhan pada Rabu bertujuan memperkukuh hubungan pertahanan dua hala.
"Ini merupakan lawatan pertama kali kapal perang India ke pelabuhan tersebut dan ia bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan meningkat operasi tentera laut antara kedua-dua negara sahabat," kata laporan itu yang memetik kenyataan akhbar tentera laut India.
Menurut laporan itu, anggota tentera laut India dan Malaysia akan membuat kunjungan rasmi antara satu sama lain dan berinteraksi secara profesional.
INS Ranvijay antara tiga kapal tentera laut India yang dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam latihan dua hala Indo-Rusia, INDRA dan latihan MALABAR dengan tentera laut Amerika Syarikat dan Angkatan Maritim Pertahanan Diri Jepun (JMSDF) di Laut Jepun.
Kapal tersebut bersama dua lagi -- INS Shivalik dan kapal tangki serta sokongan INS Shakti -- dijangka kembali semula ke India pada pertengahan Ogos selepas tugasan selama dua bulan, kata laporan itu. - Bernama
Kapal perang India kunjungi Malaysia
Reviewed by uMieySurianie
on
August 07, 2014
Rating:
No comments: