KUCHING: Kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar Sarawak akan dipertingkatkan dalam waktu terdekat ini menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dengan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (IHA) Itali.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil kepada pemberita di sini semalam.
Menurutnya persatuan itu akan memain peranan dalam membantu kerajaan mengurangkan kesukaran serta kekangan untuk me-ningkatkan kemudahan-kemudahan kesihatan per-ubatan di kawasan pedalaman Sarawak.
“Kami (kerajaan negeri) sedia maklum kemudahan-kemudahan kesihatan per-ubatan di kawasan luar bandar terutama klinik dan bekalan air bersih masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.
“Sehubungan itu, kami telah meminta bantuan mene-rusi rakan kami di Singapura yang dikenali Goshen Gold dan menyuarakan keperluan untuk mempertingkatkan kemudahan kesihatan perubatan di situ serta sumber-sumber yang ada… kemudian mereka memperkenalkan kami kepada kumpulan kemanusiaan ini,” jelasnya.
Terdahulu beliau meng-adakan pertemuan dengan Presiden IHA Itali Prof Dr Luciano Lo Celso dan Ketua Pegawai Eksekutif Michele Giacalone serta Penasihat Goshen Gold Robin Lim dan Pengarahnya Albert Poh.
Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat me-rangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.
Menjelas lanjut mengenai kerjasama itu, Dr Jerip memberitahu ia merangkumi usaha menaik taraf kemudahan-kemudahan di klinik luar bandar termasuk kuarters pekerja di klinik terbabit.
“Rata-rata klinik ini (di kawasan luar bandar) tidak disambung bekalan elektrik 24 jam, begitu juga bekalan air.“Inilah aspek yang akan dilihat bagaimana mereka dapat membantu.
“Perancangan-peranca-ngan lain termasuk membina klinik-klinik tambahan dengan sumber yang mereka ada untuk bantuan kemanusiaan serta membina jeti-jeti kerana banyak bot yang datang memberi perkhidmatan kesihatan tanpa sebarang jeti, ia amat berbahaya kepada kakitangan perubatan ketika mendarat di tebing sungai atau laut,” ujarnya.
Susulan rundingan itu, Dr Jerip menyerahkan perse-tujuan kerajaan negeri menjalinkan kerjasama dengan IHA kepada Lo Celso.
Beliau turut mewakili kerajaan negeri menerima Pingat Merit Pro ‘Orifan Italia’ sebagai mengiktiraf penyertaan Kerajaan Negeri Sarawak dalam bantuan kemanusiaan dan kerjasama seumpama itu.
Majlis itu disaksikan Wong dan mengatakan penganu-gerahan pingat itu diberikan kepada mereka yang dipercayai IHA dapat bekerja sama dengan berkesan dengan persatuan antarabangsa itu. - utusan borneo
No comments: