Seo Services

Kilang perabot musnah dalam kebakaran.


SIBU: Satu kebakaran yang melibatkan sebuah kilang perabot bertempat di Jalan Salim telahpun musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2 petang semalam.

Dalam kejadian tersebut, para pekerja sedang melakukan kerja membuat sofa dimana api tersebut bermula.

Menurut jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Sentral, PBK samsawi Mohd berkata bahawa punca dan jumlah kerugian bagi kilang tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

“Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan anggota telah berusaha mengawal serta memadamkan api di lokasi kejadian,”


Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sentral menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 petang. Kekuatan anggota seramai 13 orang dari Balai Bomba Sentral menuju ke lokasi kejadian turut dibantu seramai 8 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Merah dan 8 orang anggota dari Jabatan Pertahanan Awam yang turut dikerah ke lokasi yang sama sebagai unit sokongan.

Ketika sampai kelokasi kejadian, api yang merebak begitu cepat dan berjaya dikawal pada jam 3 petang namun kilang tersebut telah musnah 100 peratus, ujarnya lagi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian keseluruhan masih disiasat.



Kilang perabot musnah dalam kebakaran. Kilang perabot musnah dalam kebakaran. Reviewed by Unknown on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.