Seo Services

"Terima Watak Pelacur Demi Peminat"-Risteena

 
KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2014: Demi mahu mengubah penilaian peminat terhadap lakonannya yang hanya lebih banyak membawakan watak baik, pelakon Risteena Munim sanggup mencabar diri untuk menerima watak pelacur.
 
Malah, Risteena yang popular dengan drama bersiri Menjinak Ombak itu berkata dia kini mahu mempertingkatkan lagi mutu lakonannya sekaligus menjadikan dirinya sebagai yang pelakon versatile.
 
“Saya akui sebelum ini, saya sering diberikan watak sebagai gadis lemah lembut dan sopan santun, impian saya meskipun selesa, saya juga teringin untuk membawakan watak yang lebih mencabar iaitu sebagai seorang pelacur
 
“Sebenarnya saya tidak memilih watak. Tetapi saya enggan peminat di luar sana menilai saya menerusi satu karakter sahaja. Saya mahu perbaiki dan pelbagaikan lagi watak yang saya bawakan.
 
“Meskipun membawakan watak pelacur, saya juga harus menjaga batas-batas agar lakonan yang saya persembahkan sampai ke hati penonton dan pada masa yang sama, tidak melanggar sensitiviti,” katanya.
 
Risteena ditemui dalam majlis ramah mesra drama bersiri Plan B untuk Slot Aksi di TV3 baru-baru ini.
 
Mengulas mengenai drama bersiri slot tersebut, Risteena memberitahu dia gembira kerana dirbikan watak yang berbeza dan lebih lasak dari sebelum ini iaitu seorang gadis drifter.
 
“Saya suka dengan watak ini yang diberi nama Iris kerana ia sangat berbeza dengan watak-watak yang pernah saya jayakan sebelum ini.
 
“Jika sebelum ini saya banyak jayakan watak gadis kampung atau wanita yang lemah lembut. Kali ini pula, watak yang saya bawakan adalah sebagai seorang gadis yang misteri.
 
“Iris seorang wanita yang lasak, terlibat dalam dunia kereta drift dan menyimpan dendam dengan watak Khai, lakonan Shukri Yahaya,” ceritanya lagi.
 
Plan B bakal bersiaran bermula 19 Ogos 2014 pada pukul 10.00 malam. Drama bersiri arahan Feroz Kadir ini menyaksikan gandingan Risteena Munim bersama Shukri Yahaya, Talha Harith, Zoey Rahman, Beto Kusyairy dan ramai lagi.-Murai.com
"Terima Watak Pelacur Demi Peminat"-Risteena "Terima Watak Pelacur Demi Peminat"-Risteena Reviewed by uMieySurianie on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.