Seo Services

Penyelia maut dirompak dan ditikam dua lelaki.


KUCHING: Seorang penyelia tapak pembinaan jambatan yang menuju ke Samariang dimana berhampiran dengan Taman Kopodims, Matang maut ditikam dipercayai dilakukan oleh dua orang lelaki disini petang semalam.

Pihak polis kini sedang giat menjejaki dua orang saspek yang berkaitan dengan kes ini. Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Yiu Teng Boon, 58 tahun berasal dari Kampung Mundu, Roban terbunuh kerana terdapat dua kesan tikaman di leher dan empat dibahagian dada.

Juga difahamkan ketika kejadian tersebut berlaku, mangsa telah didatangi oleh dua lelaki dimana dikatakan ingin memohon pekerjaan di tapak pembinaan tersebut sekitar jam 1.30 petang.

“Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal datang ke kawasan pembinaan tersebut sebelum bertemu dengan seorang pekerja dan memberitahu ingin memohon pekerjaan di situ.

“Kebetulan pada waktu itu, mangsa baharu tiba di hadapan pejabat tapak pembinaan berkenaan selepas menjalankan penyeliaan di sekitar kawasan projek dan melayan keduadua suspek terbabit. 

“Walaubagaimanapun, beberapa minit kemudian mangsa dilihat berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah dipercayai setelah ditikam kedua-dua suspek,” katanya.

Melihat keadaan tersebut, seorang pekerja di situ segera mendapatkan mangsa sebelum meminta pertolongan daripada pekerja lain.

“Mangsa telah berusaha untuk lari menyelamatkan diri dan pada ketika itu seorang pekerja yang turut berada berdekatan tempat kejadian terus membantu mangsa, kedua-dua suspek sudah melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh rakan sekerjanya namun telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 petang,” tambahnya lagi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Yap Fui Lee telah mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan dari semua aspek untuk menjejaki kedua-dua saspek terbabit.

"Dipercayai saspek berasal dari kawasan berhampiran dan kita tidak menolak kemungkinan saspek cuba merompak mangsa sebelum mangsa ditikam.

"Sungguhpun begitu, kita akan menjalankan siasatan dari semua aspek termasuk menyiasat anggota pengawal keselamatan yang bertugas kerana ini adalah kawasan larangan dan hanya pekerja sahaja dibenarkan masuk kesini," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian semalam.

Menurut dari beberapa orang rakan sekerja mangsa yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan mangsa merupakan seorang yang peramah serta baik hati dan menolak andaian kejadiaan tersebut dilakukan oleh musuhnya.
"Dia sudah lebih 10 tahun bekerja dengan kami dan dia merupakan seorang yanng peramah dan baik dengan semua pekerja, mustahil dia mempunyai musuh yang sanggup membunuhnya," kata salah seorang dari rakan sekerja mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke  rumah mayat HUS untuk proses 'post mortem' dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



sumber
Penyelia maut dirompak dan ditikam dua lelaki. Penyelia maut dirompak dan ditikam dua lelaki. Reviewed by Unknown on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.