Seo Services

'uCustom'-mempertingkatkan kutipan hasil cukai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

Gambar: (Dari kiri) Morshidi bersama Khazali semasa sidang akhbar sejurus pelancaran Kempen Kesedaran U-Customs JKMD pagi tadi.

KUCHING: System "Ubiquitous Customs" (uCustoms) Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKMD) bukan hanya akan mengendali aktiviti perdagangan dengan sempurna malah dapat mengelakkan ketirisan dan seterusnya meningkatkan kutipan hasil.

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, bagi di Sarawak, kutipan setakat tahun ini adalah sebanyak RM560 juta dan dijangka lebih kurang RM900 juta dapat dikutip pada tahun ini.

"Melalui U-Customs kemungkinan jumlah kutipan ini akan bertambah," jelasnya dalam satu sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Kesedaran U-Customs yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani pagi tadi.

Khazali berkata, sehingga kini sistem elektronik uCustom telah siap 40 peratus sejak September tahun lalu dan sistem tersebut dijadualkan akaan diserahkan oleh vendor kepada kerajaan pada 31 Oktober 2015 dan dijangka beroperasi pada 1 Januari 2016 akan dapat dicapai dengan pemantauan setiap minggu oleh pasukannya.

Menyentuh mengenai sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada  1 April tahun depan, Khazali menyeru semua syarikat perniagaan dan orang perseorangan diseru tampil dan mendaftar bagi sistem GST.

"Pendaftaran tersebut perlu dibuat tiga bulan sebelum GST dilaksanakan bagi mereka yang mencapai nilai pembekalan bercukai bagi tempoh 12 bulan melebihi RM500,000," jelasnya lagi.

Katanya, peniaga-peniaga boleh mendaftar melalui sistem MyGST yang mesra pengguna dengan tutorial khas disediakan untuk membantu pendaftaran mereka.

"Saya menyeru supaya mereka berkenaan jangan tunggu di saat akhir untuk membuat pendaftaran."
"Kita menyasarkan sehingga 30 September hadapan menerima pendaftaran sebanyak 130,000 dan insyaAllah dengan trend dan banyak aktiviti yang dilakukan ia dapat dicapai," katanya.

Tarikh tutup pendaftaran syarikat perniagaan dengan JKDM bagi menyertai sistem GST adalah pada 31 Disember ini dan jika gagal berbuat demikian, mereka boleh didenda sehingga RM30,000 atau denda maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Sarawakiana
'uCustom'-mempertingkatkan kutipan hasil cukai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia 'uCustom'-mempertingkatkan kutipan hasil cukai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Reviewed by Admin on August 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.