Seo Services

Pesta Bogel - Guan Eng akui tidak tahu

Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng hari ini mengakui  tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi Youtube sejak semalam.

Guan Eng, berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan. 

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Dalam Youtube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang, di sini. - BH

Pesta Bogel - Guan Eng akui tidak tahu Pesta Bogel - Guan Eng akui tidak tahu Reviewed by Admin on August 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.