Seo Services

Polis Marin Tahan 16 Orang Dalam Ops Cantas Khas


SEMPORNA,: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan 16 orang dalam Ops Cantas Khas di sekitar perairan daerah itu sejak Jumaat hingga semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata tangkapan melibatkan empat kes di bawah Akta Perikanan 1985 dan masing-masing satu kes mengikut Akta Bahan Letupan, Akta Imigresen dan Enakmen Perhutanan.

Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna ASP Safardi B. Abd Samad bersama sebelas pegawai dan anggota itu bertujuan membenteras kegiatan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim.

"Ia juga bertujuan menguatkuasakan perintah berkurung yang sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Mohamad berkata pihaknya akan mempertingkatkan lagi operasi dan pemeriksaan semua pengangkutan laut secara berterusan di seluruh perairan Sabah bagi menguatkuasakan undang-undang maritim.

Sehubungan itu, beliau berkata Polis Marin memerlukan kerjasama masyarakat bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Sabah, terutamanya di Semporna.- BERNAMA
Polis Marin Tahan 16 Orang Dalam Ops Cantas Khas Polis Marin Tahan 16 Orang Dalam Ops Cantas Khas Reviewed by Unknown on August 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.