Ramai ibu bapa juga masyarakat hari ini cuba mengelak bercakap hal berkaitan seks dengan anak ataupun individu yang jauh lebih muda iaitu kanak-kanak kerana rasa malu dan menganggap isu ini hanya sesuai bagi orang dewasa menyebabkan mereka sering berkias apabila persoalan ini diajukan.
Malah, ada yang menakutkan anak atau kanak-kanak dengan memberi penjelasan yang bukan-bukan. Misalnya, kemaluan boleh busuk apabila disentuh atau bercium boleh menyebabkan penyakit.
Kerana penjelasan oleh ibu bapa atau masyarakat yang sebegini menjadi antara faktor meningkatnya hubungan seks bawah umur.
Kenapa? Kerana anak-anak zaman globalisasi semakin berani. Berani untuk meneroka, berani mencuba dan berani menghayati. Macam-macam benda menarik minat mereka, apatah lagi yang berkaitan dengan seks. Bagai pucuk dicita ulam mendatang!
Sikap keterbukaan perlu ada pada setiap individu terutamanya ibu bapa jikalau kamu mahu melihat ‘budaya tidak sihat’ yang melanda anak-anak remaja zaman sekarang diatasi sebaik-baiknya.
Anak sekarang kian bijak. Jika tidak memberitahu mereka hal sebenar, mereka boleh mendapatkannya daripada sumber lain. Jadi, lebih baik berterus-terang.
Namun pendekatannya biarlah bersesuaian. Kanak-kanak perlu diberikan penjelasan sejelas-jelasnya untuk mengelakkan kekeliruan.
Misalnya, pendidikan seks bukan mendidik anak bagaimana hubungan seks dilakukan. Pendidikan seks berteraskan kesihatan, fungsi badan atau pentingnya menjaga/memelihara alat seksual badan.
Seks Bawah Umur
Reviewed by uMieySurianie
on
August 06, 2014
Rating:
No comments: