Seo Services

Loji air Kaki Wong dijangka siap lewat Oktober ini.


SARATOK: Loji air Kaki Wong di Saratok dijangka akan bermula beroperasi pada lewat Oktober nanti sepertimana yang ditetapkan oleh pihak kontraktor yang telah dilantik untuk pembinaan projek tersebut.

Kini projek tersebut telah siap 97 peratus.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi yang ditemui semasa lawatan beliau ke tapak projek semalam, beliau memberi jaminan pihak kementerian akaan sentiasa memantau perkembangan projek tersebut serta memastikan projek tersebut berjalan dengan lancar dan dapat beroperasi pada masa yang telah ditetapkan.

Loji berkenaan dijangka dapat membekalkan bekalan air bersih kepada kira-kira 13 ribu penduduk di sekitar Saratok, Krian dan Awik dan menampung keperluan air bersih kepada semua penduduk dari kawasan sekitar.

Projek yang bernilai RM 114 juta itu mampu memproses sehingga 25 juta liter air sehari.


 















Sumber:RTMSarawak.
Loji air Kaki Wong dijangka siap lewat Oktober ini. Loji air Kaki Wong dijangka siap lewat Oktober ini. Reviewed by Unknown on August 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.