Seo Services

Seks terapi bagi sebuah pasangan?

 
Jika berbicara mengenai seks, ramai di antara kita yang hanya memangdang negetif sehingga menghilangkan puas ketika bersama suami. Malah tahukah anda Seks juga adalah terapi bagi sebuah pasangan agar menjadi tali untuk mengeratkan lagi perhubungan. Hubungan seks juga dapat memberikan manfaat dari aspek kesihatan, fizikal dan mental. Petua kali ini memberikan kelebihan-kelebihan yang diperolehi oleh kaum wanita daripada hubungan seks.

Kulit lebih cantik
Wanita yang kerap malakukan hubungan seks miliki kulit yang cantik dan mulus,  Hal ini telah dibuktikan secara saintifik dimana wanita yang kerap melakukan hubungan seks akan menghasilkan hormon yang dapat membuatkan kulit menjadi halus dan rambut lebih bersinar.

Wajah lebih berseri
Kajian saintifik membuktikan hubungan seks yang konsisten akan mengurangkan risiko penyakit dermatitis, ruam dan noda di wajah. Peluh yang terhasil ketika hubungan seks juga dapat membersihkan liang-liang roma wanita.

Mengurangkan berat badan
Seks adalah aktiviti fizikal yang membakar kalori dengan banyak. Jadi lebih lama anda dapat berasmara bersama suami anda, lebih langsing dan cantik badan anda.

Membentuk otot badan
Selain daripada membakar kalori, posisi seks yang pelbagai juga secara tidak langsung juga dapat membina otot dan melatih badan menjadi lebih fleksibel dan elastik. Selain itu dalam dapat menbentuk permukaan badan lebih menawan.

Penawar stress
Hubungan Seks membantu menghilangkan tekanan di dalam kehidupan seharian. Ini dibuktikan dari segi saintifik di mana darah mengalir dengan lebih lancar semasa hubungan seks, dan mengeluarkan endorfin, iaitu hormon yang membuatkan anda rasa gembira.


Tubuh yang aktif dengan seks akan meningkatkan penghasilan Pheromone, yang digunakan untuk menarik pasangan masing-masing. Hal ini penting bagi pasangan yang baru berkahwin agar hubungan bersama suami sentiasa di ingati.
Manfaat yang didapati daripada hubungan seks dapat bukan sahaja dapat membahagiakan  rumahtangga anda, tetapi juga dapat meningkat kesihatan dan mengeratkan lagi hubungan.
 
Seks terapi bagi sebuah pasangan? Seks terapi bagi sebuah pasangan? Reviewed by uMieySurianie on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.