Seo Services

Upacara Keagamaan Untuk Lima Mangsa Nahas MH17

 
The Hague – Jenazah lima mangsa nahas Malaysia Airlines MH17 warga Malaysia disempurnakan mengikut kepercayaan agama Buddha di sebuah pusat pengurusan mayat di sini.
 
Upacara di bangunan Monuta Innemee, S-Gravenhage bermula 8 pagi itu diketuai sami-sami Buddha dengan kehadiran kira-kira 100 anggota keluarga mangsa dan beberapa persatuan Buddha tempatan.
 
Susulan itu, upacara pembakaran mayat berlangsung di bandar Zoetermeer, terletak kira-kira 26 kilometer dari rumah mayat berkenaan.
 
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan upacara hari ini berjalan lancar seperti dirancang.
 
“Keluarga tidak perlu bimbang kerana ia dijalankan mengikut apa yang telah dipersetujui sebelum ini.
 
“Kita sentiasa berusaha beri yang terbaik dan penuhi permintaan mereka,” katanya kepada media Malaysia, sejurus selesai upacara berkenaan.-PostMetro
Upacara Keagamaan Untuk Lima Mangsa Nahas MH17 Upacara Keagamaan Untuk Lima Mangsa Nahas MH17 Reviewed by uMieySurianie on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.