Seo Services

Selesaikan isu remeh di kawasan masing-masing - Adenan Satem


KUCHING - Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri diminta supaya menyelesaikan isu remeh di kawasan masing-masing pada tahun ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem semasa mengadakan perjumpaan dengan Kelab Penyokong BN (BNBBC) negeri di sini semalam.

Pengerusi BNBBC negeri, Abdullah Saidol berkata, isu dimaksudkan oleh Adenan turut merangkumi janji yang dibuat oleh pemimpin terlibat kepada rakyat di kawasan mereka.

"Maksud beliau ialah meminta setiap ahli BNBBC bekerja keras agar perhidmatan yang diberikan oleh wakil rakyat sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Janji itu jangan dibiarkan berlarutan sehingga enam bulan.

"Sebagai contoh, kalau berjanji hendak menghantar kipas, janganlah dibiarkan dalam tempoh lama," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat tersebut.

Selesaikan isu remeh di kawasan masing-masing - Adenan Satem Selesaikan isu remeh di kawasan masing-masing - Adenan Satem Reviewed by Unknown on August 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.