Seo Services

Bahaya memakai gelang getah


Pernah melihat gelang getah seperti gambar di atas? Gelang getah atau loom band boleh dikatakan sangat popular sebagai aksesori dan mainan kanak-kanak.

Loom band atau rainbow loom adalah getah yang ditenun berwarna-warni dan biasanya dapat dilihat sebagai gelang persahabatan (friendship bracelets).

Bukan itu sahaja, gelang tangan ini juga menjadi aksesori pilihan beberapa selebriti seperti David Beckham, One Direction, Harry Styles, Miley Cyrus malah Duke dan Duchess of Cambridge pun memakainya.

Yang terkini, peruncit barangan kanak-kanak, The Entertainer telah mengeluarkan gelang getah/loom band dari kedai, selepas disyaki mengandungi bahan kimia karsinogenik.

Menurut kenyataan The Entertainer, gelang getah tersebut mungkin mengandungi bahan phthalates yang diharamkan.

Loom band yang menjadi kegilaan golongan kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat dan Britain telah ditarik balik penjualannya di United Kingdom selepas didapati mengandungi bahan kimia karsinogenik.

Pengawalan terhadap produk ini di Malaysia, bagaimanapun, masih tidak jelas, menurut Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia.

Ini kerana loom band, iaitu getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak dikategorikan sebagai kategori mainan.


sumber
Bahaya memakai gelang getah Bahaya memakai gelang getah Reviewed by Unknown on September 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.