Seo Services

Saham MAS meningkat dua peratus

 
SAHAM Malaysia Airlines (MAS) naik dua peratus pada sesi awal dagangan semalam susulan pengumuman mengenai pelan penyusunan semula syarikat itu oleh Khazanah Nasional Bhd, Jumaat lalu.

Pada 10.57 pagi, saham syarikat penerbangan negara itu meningkat setengah sen kepada 25.5 sen, dengan 21.810.000 saham diniagakan.

Pelan penyusunan semula MAS oleh Khazanah Nasional itu yang sudah lama ditunggu-tunggu, melibatkan 12 langkah untuk MAS kembali mencatat keuntungan pada 2017.

Pelan itu termasuk mewujudkan sebuah syarikat baharu untuk menempatkan operasi MAS pada Julai 2015 dan pembiayaan sehingga RM6 bilion untuk penstrukturan semula.

Tindakan juga akan dilakukan bagi memudahkan penyenaraian semula syarikat penerbangan yang bermasalah itu menjelang 2020.

Rancangan penyenaraian itu termasuk jualan penuh atau sebahagian kepentingan Khazanah dalam syarikat penerbangan itu kepada pelabur strategik yang bersesuaian, kata AllianceDBS Research dalam nota penyelidikannya.

“Kami menjangkakan tambang promosi semasa ditawarkan MAS akan berakhir tidak lama lagi memandangkan pelan 12 langkah itu memerlukan MAS beri penekanan baharu ke atas pengurusan hasil,” katanya.

Memandangkan kasar pemampatan hasil semasa disebabkan tambang diskaun MAS,  firma penyelidikan itu menjangkakan strategi baharu itu kelak akan meningkatkan hasil industri kepada tahap yang lebih mampan pada masa hadapan.

“Kami percaya MAS akan kekalkan statusnya sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, yang menawarkan tempat duduk dengan perkhidmatan lebih premium kerana ia merancang untuk kekal sebagai ahli pakatan Oneworld,” katanya.

AllianceDBS juga tidak menjangkakan operasi serantau jarak dekat AirAsia terjejas ekoran rancangan MAS mengubah syarikat itu menjadi syarikat penerbangan serantau.

Seiring fokus baharu ke atas hasil pendapatan, MAS mungkin mengenakan bayaran tambang lebih tinggi bagi produk pemeriksaan masuk utamanya pada masa depan. - Bernama
Saham MAS meningkat dua peratus Saham MAS meningkat dua peratus Reviewed by uMieySurianie on September 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.