Seo Services

Cerita sebenar viral gambar gadis bertudung pegang anjing

Gara-gara memuat naik sekeping gambar dengan seekor anjing, seorang wanita bertudung dikecam oleh netizen tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik gambar. Justeru, ramai yang memberikan pandangan negatif mengenainya, tidak kurang juga ustaz/ustazah ‘mee segera’ memberikan pandangan yang tidak sahih.

Mengetahui gambarnya menjadi viral di laman Facebook, wanita berkenaan tampil memberikan penjelasan terperinci agar orang ramai tidak terus percaya dengan penyebaran palsu kononnya dia saja-saja bergambar dengan anjing berkenaan. Baca penjelasan beliau di bawah :


“Sebab ramai orang kita ni PEMALAS selidik dan baca komen dulu sy post lagi sekali untuk para pemalas nahh.

Akak kenapa tak ambik caption saya sekali? Kat caption saya dah terang-terang ada perkataan DONEVISIT. Maksudnya saya pergi melawat anjing ni selepas saya resque dia di tengah jalan raya berdarah-darah yang tak ada siapa peduli langsung dengan haiwan.

Yah, orang kita anggap jijik ni. Mungkin dah mati kalau takde siapa ambil dia. Ini office seorang indian guy yang ambil bela anjing tu.

Isu saya pegang anjing ni tolong bagi dalil kat saya pegang anjing tu berdosa. Kalau saya sertu badan saya, saya dah bersih 100%. Jangan tanya yakin ke bersih sebab was-was tu hasutan syaitan. Was-was tu orang empunya diri yang rasa. Kalau saya was-was lagi biasanya saya basuh lagi sekali sampai hilang was-was.

Korang mengata tanpa usul periksa selagi tak minta maaf boleh bersih tak dosa tu? Kenapa nak pegang kalau dah tau kena sertu bagai? Saya tak minta ada rasa kesian yang melampau kat haiwan. Saya tahu yang saya sentuh anjing tak berdosa. Jadi apa yang saya nak takut? Dalam gambar ni, saya rasa saya bertudung lengkap baju lengan panjang. Satu-satunya orang anggap gambar ini berdosa sebab ada anjing dalam tu.

Kenapa upload? Ramai yang nak tahu perkembangan anjing tu. Ramai yang dah derma untuk kos pembedahan dia. Jadi saya upload untuk kawan-kawan saya. Ada yang saya tak dapat di approve. Jadi follower saya je. Jadi saya publickan. Biar yang mana follow saya dan dah derma untuk anjing ni dapat tahu perkembangan dia sekali.

Banyak cara lagi nak buat baik? Ini pilihan saya. Saya tak rasa baik pun buat benda ni semua. Tapi atas rasa tanggungjawab sesama makhluk bernyawa, buang kayu tajam tengah jalan pun dah kira buat baik. So terpulang pada individu nak berbuat baik cara mana pun selagi tidak melampaui batas.

Yang cakap pasal jaga kebajikan mak ayah dan orang tu, saya nurse, bontot mak ayah orang lain pun saya cuci. Insha Allah mak ayah saya takkan saya abaikan. Terima kasih atas teguran. Last but not least, kat Malaysia je pegang anjing orang anggap riak. Tq.


sumber
Cerita sebenar viral gambar gadis bertudung pegang anjing Cerita sebenar viral gambar gadis bertudung pegang anjing Reviewed by Unknown on September 10, 2014 Rating: 5

18 comments:

  1. Assalamualaikum. Good job and well said.as for me anjing tu najis dan kalau di sentuh pun bukan berdosa. Jika dah sertu menurut syarat in shaa allah dah suci tapi orang yg mengaibkankan membuat fitnah dan menghina orang tanpa usul periksa itu adalah dosa yg kekal walau di sertu dengan tanah takkan bersih 100% kecuali orang yg di fitnah di hina itu memaafkan. Islam itu indah tapi manusia itu memang suka memperlekehkannya.

    feedah founder of Please Adopt dont let them stray

    ReplyDelete
  2. You are amazing! Keep doing what you do!
    Most people would ignore the helpless dog. Why? Because of religion, maybe?
    You have a kind and pure heart. People need to understand that what you have... THAT is religion. Good job!

    ReplyDelete
  3. So what is the problem of touching and holding the dog again? Oooh it's najis. To all ignorants out there, Quran gives you solutions to every problem encountered by the believers. Touched najis?? Go and samak. That's is the solution. So, what is the problem? Dogs as well as other living things that you, the ignorants are so pathetically think that it's haram to touch, are also Allah's creations. Don't be so pretentious that this is haram and that is haram. You say that because you have no intention to think about it further and find out what the real Islam teaches you. Peace out!

    ReplyDelete
  4. Most important is internal not external

    ReplyDelete
  5. May Allah bless you my dear. Sad that many are bias on the matter. Islam is a great religion. I love animals which include dogs. Is that sinful.

    ReplyDelete
  6. You are amazing! There are many people out there who like commenting for the sack of commenting, without interest of knowing the true story. The way that you answer is just epic. :D

    ReplyDelete
  7. Most of this haram things is not even in Islam, its coming only from people who love to make everything haram. Please people read the Quran and tell me if you can anything says that dogs are haram. Remember the story if the cave people( asshab alkahaf) and there sog!!

    ReplyDelete
  8. Amazing girl.

    ReplyDelete
  9. Ada pendapat mengatakan anjing kalau basah baru kna samak...naaa...sebelum kata aq ni sesat balik selidik dulu!

    ReplyDelete
  10. pelik kan,yg minum arak x nk komen plak..tu langsung x dbole d samak..

    ReplyDelete
  11. pelik kan,yg minum arak x nk komen plak..tu langsung x dbole d samak..

    ReplyDelete
  12. sy menulis setakat yg sy tahu... anjing diannggap najis sbb itu bila menyentuhnya dalam keadaan basah pada salah satu pihak, kita perlu menyamak. menolong binatang dalam kesakitan itu hukumnya wajib tidak kira binatang yang dianggap najis atau tidak. itu dikira berbuat baik sesama makhluk. kejam namanya kita tak membantu bila tengok haiwan yg cedera. namun bagi saya anjing dan babi bukan binatang yg blh dijadikan bahan peliharaan, utk bermanja dan seumpamanya seperti dgn binatang yg lain. contonya klu kta biarkan ia berkeliaran dlm rumah, najis dan air liurnya akan merata.. maka bagaimana soalnya tempat beribadah kita... yakinkah kita boleh men'suci'kannya seluruh tempat dgn menyamak? menolong ok, namun ttg sentuhan ada 'batasannya'. makruh hukumnya menyentuh dgn sengaja, namun tidak mengapa klu dlm keadaan darurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen yang membina dan baik

      Delete
  13. May i knw what happen to d dog? Is he/she ok? Did u mnage to find him a home. Tq so much for being kind to d doggie.

    ReplyDelete
  14. tak salah pun,,,Anjing pun hamba Allah,,salah ke menghagai ciptaan Allah,,asalkan kita tahu batasan nya dan hukum..tak payah la buat publisiti murahan camni...camne dgn ramai umat islam yg menonggak kat Zouk, HardRock Cafe,,dan banyak lagi Club ,,dah tentu itu terang2 salah dai hukum islam..,itu tak kecoh pun??,,hal pegang anjing ni nak diperbessarkan,,takkan lah kita sebagai umat islam tak pernah terdengar kisah Nabi dimana seorang wanita pelacur yg telah menyelamatkan seekor anjing dari kehausan,,lalu Allah tempatkan wanite tersebut di syurga nya??...ingat la lain kalai kalau kita nak beri komen atau pandangan biarlah ada logic dan hukum hakam nya,,Jadi la umat yg berakal maju seiring dgn arus kemodenan dunia,,baru la bangsa dan ugama lain respek umat islam..

    ReplyDelete
  15. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  16. inilah penyakit orang melayu , asal pegang anjing dikutuk dicaci , seolah satu dosa besar tidak termapun sesiapa sentuh anjing , seolah2 pegang anjing itu lebih berdosa daripada minum arak , berzina, buang bayi , main judi, berskandal dan sebagainya ..ini mentaliti orang melayu !

    pegang anjing hanya hukum najis, samak dngan air campur tanah habis cerita, bukan susah pun !

    anjing makhluk Tuhan juga, malah anjing berpuluh kali ganda lebih setia dijadikan kawan daripada sesetengah manusia , anjing bila sekali kita bagi makan ..sampai bila dia akan ingat kita, dia akan kenal kita, tak macam manusia yg dibagi makan segala macam , kita buat baik sehabis baik , tapi akhirnya menikam dari belakang !

    tak salah pegang anjing dengan sebab tertentu , bukan satu dosa besar , bukan satu kehinaan dan bukan satu kesalahan , saya lebih hormati muslim yg dengan rela membantu sekor anjing yg cedera daripada seorang muslim yg hanya tahu menghukum dan mencaci menghina seorang muslim lain ...

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.