Seo Services

Peningkatan seramai 400 orang korban banjir di Kashmir.

 

SRINAGAR: Angka kematian akibat bencana banjir yang melanda India dan Pakistan meningkat kepada 400 orang setakat semalam manakala beratus-ratus ribu mangsa masih terkandas, kata polis.

Satu usaha menyelamat besar-besaran diadakan di kawasan pergunungan Kashmir selepas hujan monsun menenggelamkan beratus-ratus buah kampung dalam bencana banjir terburuk pernah melanda rantau berkenaan sejak lebih setengah abad.

Ketua Polis Jammu, Rajesh Kumar berkata, angka kematian semalam telah meningkat kepada kira-kira 200 orang.

Jammu merupakan wilayah Kashmir yang ditadbir oleh India.

"Sebanyak 206 lagi disahkan mati di sebelah Pakistan.

"Situasi di lembah Kashmir masih amat getir dan kritikal," kata Kumar.

"Lebuh raya utama masih terputus tetapi beberapa rangkaian jalan raya lain telah dipulihkan," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, agensi berita Press Trust of India menganggarkan seramai 400,000 orang masih terperangkap dalam banjir di sebelah India.

"Sebanyak 100 buat bot telah diangkut dari New Delhi menggunakan pesawat bagi membantu memindahkan mangsa banjir," kata seorang pesuruhjaya Kashmir Rohit Kansal. - AFP
Peningkatan seramai 400 orang korban banjir di Kashmir. Peningkatan seramai 400 orang korban banjir di Kashmir. Reviewed by Unknown on September 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.