Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam telah mengedarkan kenyataan akhbar yang memaklumkan bahawa pejabatnya akan mengkaji semula dakwaan hasutan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom.
Malah lebih serius dan sangat menghairankan apabila Ghani juga memaklumkan, beberapa kes lain yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 akan turut disemak semula.
Tindakan ini menimbulkan pertanyaan apakah sudah menjadi tabiat Pejabat Peguam Negara membuat keputusan pendakwaan yang “flip-flop”, cuai dan sambil lewa?
“Keputusan mengenainya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
“Amalan ini adalah prosedur biasa bagi mana-mana pendakwaan supaya tanggungjawab yang dilaksanakan sentiasa adil, telus dan saksama,” tambah Ghani.
Soalnya mengapa Pejabat Peguam Negara tidak membuat kajian teliti sebelum melakukan pendakwaan? Adakah ini unsur sabotaj Peguam Negara bagi memburukkan imej kerajaan?
Sebelum ini, Peguam Negara mengarahkan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Razali Che Ani menangguhkan pendakwaan ADUN Seri Delima RSN Rayer di mahkamah sesyen Pulau Pinang beberapa bulan lalu pada saat akhir.
Tindakan Peguam Negara ini turut menimbukkan spekulasi bahawa Pejabat Peguam Negara lebih berpihak kepada kumpulan tertentu.
Sebelum ini juga terdapat kritikan terhadap Peguam Negara yang enggan mendakwa Bible Society Malaysia atas kesalahan Enakmen Pengawalan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Sebalik, Peguam Negara langsung tidak berfikir dua kali apabila mendakwa Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman atas tuduhan menghasut. Didakwa di mahkamah sesyen di Kajang jun lalu sama hari dengan kes sepatutnya RSN Nayer didakwa.
Ghani sebelum ini juga dikritik kerana dikatakan menyasar pendakwaan yang berkaitan UMNO tetapi memejam mata terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.- mykmu.net
Pendakwaan Akta Hasutan, Peguam Negara Buat “Flip-Flop”?
 Reviewed by Unknown
        on 
        
September 10, 2014
 
        Rating:
 
        Reviewed by Unknown
        on 
        
September 10, 2014
 
        Rating: 
       Reviewed by Unknown
        on 
        
September 10, 2014
 
        Rating:
 
        Reviewed by Unknown
        on 
        
September 10, 2014
 
        Rating: 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments: