Seo Services

Dua Warga Asing Dipercayai Berbunuh Sesama Sendiri.

 

SIBU : Dua lelaki warga asing ditemui mati di dalam bilik sewa, tingkat tiga, Jalan Hulu Lanang di sini pagi semalam.

Kedua-dua mereka dikenali sebagai Ponnana Ganesh dari India berusia 25 tahun dan Kyaw Aye Tun, 34, berasal dari Myanmar.

Seorang lagi rakan mereka dikenali sebagai San Aye Maung, 32, berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Sibu.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah malam, dipercayai berlaku insiden pergaduhan di antara Kyaw dan San.

Insiden tersebut disaksikan oleh Ponnana dan seorang lagi rakan senegara dikenali sebagai Shambhu Kumar Ram, 20.

Terkejut dengan kejadian itu, Shambhu dikatakan melarikan diri ke tingkat bawah sambil menghubungi ejen mereka untuk mendapatkan bantuan.

Beberapa minit kemudian, ejen yang dihubungi tiba di tempat kejadian bersama sepasukan polis.

Ketika menuju ke bilik sewa, Ponnana ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di bahagian tangga manakala Kyaw dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, San yang juga suspek kejadian ditemui dalam keadaan cedera parah di tepi longkang berhampiran bangunan bilik sewa mereka.

Difahamkan, suspek cuba melarikan diri dengan bertindak terjun dari bangunan tersebut.

Suspek kemudian dibawa mendapatkan rawatan dengan menaiki ambulans.

Dalam pada itu, siasatan awal mendapati beberapa kesan kecederaan serius di beberapa bahagian badan Ponnana termasuk di dada dan kepala.

Polis turut mendapati kesan kecederaan parah di beberapa bahagian badan Kyaw.

Polis turut menemui sebilah pisau di dalam mangkuk tandas dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Sehingga kini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan. -Utusan Borneo
Dua Warga Asing Dipercayai Berbunuh Sesama Sendiri. Dua Warga Asing Dipercayai Berbunuh Sesama Sendiri. Reviewed by Salfian Nawawi on September 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.