Seo Services

Pekerja Bantuan British Dipenggal IS


BEIRUT: Satu rakaman video yang dimuat naik ke internet menunjukkan seorang pekerja bantuan British yang hilang di Syria tahun lalu, David Haines, dipenggal oleh anggota Negara Islam (IS).

Rakaman video itu muncul beberapa jam selepas keluarga Haines merayu dan menggesa pihak yang menahan beliau supaya menghubungi mereka.

Pada akhir rakaman video terdahulu yang menunjukkan pembunuhan warga Amerika, Steven Sotloff, IS mengancam untuk membunuh Haines selepas itu dan menunjukkan beliau seketika dalam rakaman itu.

Haines, 44, diculik di Syria tahun lalu ketika bertugas untuk agensi bantuan antarabangsa.

Kerajaan British berjaya merahsiakan penculikan itu kerana bimbangkan keselamatan Haines sehinggalah rakaman video baru-baru ini menunjukkan beliau ditahan. -AP
Pekerja Bantuan British Dipenggal IS Pekerja Bantuan British Dipenggal IS Reviewed by Salfian Nawawi on September 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.