Seo Services

Hanya keluarga boleh tentukan tempat jenazah Tambi Jiee bakal dibawa pulang


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih menunggu keputusan anggota keluarga Tambi Jiee bagi proses penghantaran pulang jenazahnya ke tanah air, kata Menteri berkenaan Datuk Rohani Karim.

Beliau berkata pihaknya akan memenuhi permintaan anggota keluarga arwah sama ada jenazah diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) atau terus ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

"Semalam saya telah berhubung dengan keluarga arwah dan mereka meminta jika hanya satu jenazah yang tiba, mereka mahu jenazah dihantar terus ke Kuching dan istiadat akan diadakan di sana.

"Kita menghormati keputusan keluarganya yang tengah berbincang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini Selasa.

Istiadat penghormatan untuk sembilan jenazah itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Jenazah isterinya Ariza Ghazalee dan anak sulung mereka Mohd Afif telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Ogos.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jenazah Tambi yang telah dikenal pasti kini dalam proses untuk disiapkan dokumentasi bagi penghantaran pulang jenazahnya.

"Rohani akan bantu kita agar jenazah Tambi dapat dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin walaupun seorang sahaja," katanya.

Liow berkata tarikh penghantaran pulang jenazah akan diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien setelah mendapat perlepasan dari Amsterdam.-Mstar
Hanya keluarga boleh tentukan tempat jenazah Tambi Jiee bakal dibawa pulang Hanya keluarga boleh tentukan tempat jenazah Tambi Jiee bakal dibawa pulang Reviewed by Unknown on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.