Seo Services

Hilang Kawalan & Terlanggar Pasu Bunga, Penunggang Motorsikal Maut


KUCHING: Seorang penunggang motorikal maut setelah terlanggar pasu bunga di tepi jalan apabila kenderaannya hilang kawalan di Jalan Rock di sini petang tadi.

Kejadian di percayai berlaku apabila mangsa, Mitrahad Hairum beralamat di Miri menunggang motorsikalnya di kawasan tersebut lebih kurang jam 5:30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek ketika dihubungi Sarawakiana mengesahkan kejadian.

Hasil siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Batu Tiga menghala ke Pusat Bandar telah hilang kawalan semasa mengambil selekoh lalu terbabas.

Mangsa kemudiannya dipercayai melanggar pasu bunga dan terjatuh ke laluan bertentangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mayat mangsa dihantar ke Rumah mayat Hospital Umum sarawak (HUS) untuk siasatan lanjut dan kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987. -Sarawakiana

Hilang Kawalan & Terlanggar Pasu Bunga, Penunggang Motorsikal Maut Hilang Kawalan & Terlanggar Pasu Bunga, Penunggang Motorsikal Maut Reviewed by Salfian Nawawi on September 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.