Seo Services

Insiden Kuching: FAM baru terima laporan

Hamidin Mohd Amin


INSIDEN kekecohan membabitkan penyokong di Stadium Negeri, Kuching ketika perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak menentang Perak malam Sabtu lalu mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum dapat memberikan sebarang kenyataan berkenaan insiden tersebut.

Beliau menegaskan bahawa FAM ada menerima laporan berkenaan insiden itu dan sebarang tindakan hanya akan dibuat setelah mesyuarat bersama Jawatankuasa Disiplin FAM dilakukan.

“Kita baru terima laporan pada Selasa, jadi kita belum boleh bagi apa-apa kenyataan sebelum mesyuarat,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya kemungkinan Sarawak menerima nasib seperti yang dialami oleh beberapa pasukan lain yang pernah mengalami insiden serupa.

Sementara itu, Malaysia bakal berdepan Indonesia, Kemboja dan Jordan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa September dan Oktober ini sebelum menghadapi kejohanan Piala AFF pada November depan.

Hamidin berharap agar skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh ini dapat memperbaiki prestasi dan persembahan mereka.

Beliau berkata, pemain perlu memanfaatkan perlawanan ini sebagai persediaan bagi kejohanan akan datang yang pastinya berdepan laluan sukar selepas diundi dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan Singapura dan juara tiga kali Thailand.

Menurutnya, persiapan menyeluruh terutama melibatkan keserasian antara pemain serta corak permainan dan strategi penting untuk memastikan pemain dapat memberi persembahan terbaik dalam kejohanan itu nanti.-SH
Insiden Kuching: FAM baru terima laporan Insiden Kuching: FAM baru terima laporan Reviewed by Unknown on September 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.