Seo Services

Geng Ah Kien diberkas bagi membantu penyelesaian kes kecurian dan pecah rumah sekitar Kuching.

FotoPDRM

KUCHING: Polis di sini percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya siasatan 10 kes kecurian dan pecah rumah serta pejabat dengan penangkapan lima lelaki dipercayai anggota Geng Ah Kien pada Selasa lepas.

Foto PDRM
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad , pasukan yang bertindak dari IPD Kuching telah memberkas tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan umur dari 42 hingga 48 tahun yang disyaki anggota Kumpulan Ah Kien ketika serbuan dibuat di sebuah bangunan tidak bernombor di Batu Kawah.

Foto PDRM
Foto PDRM

"Hasil daripada tangkapan tersebut,  pasukan serbuan berjaya menemui sebuah kereta Toyota Crown di Jalan Keretapi yang dipercayai diguna untuk melakukan jenayah pecah rumah," katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Difahamkan, pada hari yang sama pasukan polis turut menyerbu sebuah rumah di Sungai Apong dan menjumpai pelbagai barangan yang dipercayai hasil daripada pecah rumah dan curi dianggarkan bernilai RM20,000.

Pihak polis turut menahan dua lelaki, yang kedua-duanya berusia 41 tahun yang dijumpai sedang bersembunyi di atas siling dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Roslan berkata kesemua suspek yang didapati positif dadah jenis syabu kini ditahan reman selama empat hari sejak 2 September lepas.-Sarawakiana



sumber 
Geng Ah Kien diberkas bagi membantu penyelesaian kes kecurian dan pecah rumah sekitar Kuching. Geng Ah Kien diberkas bagi membantu penyelesaian kes kecurian dan pecah rumah sekitar Kuching. Reviewed by Unknown on September 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.