Seo Services

Seminar Penubuhan Malaysia Pemimpin BN Sarawak


Parti Pesaka Bumiputera (PBB) akan mengadakan Seminar Penubuhan Malaysia pada 20hb September ini bagi sesi penerangan dan maklumat terperinci buat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk menepis tohmahan pembangkang dan pihak-pihak tertentu berkaitan Penubuhan Malaysia. 

Ini didedahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Hamzah apabila di hubungi secara eksklusif oleh Sarawakiana sebentar tadi apabila ditanya mengenai tindakan kerajaan terhadap kegiatan aktivis-aktivis Sarawak, Sabah Keluar Malaysia (SSKM) yang menghasut orangramai menerusi media sosial.

"Dijangka semua wakil rakyat BN Sarawak akan menghadiri seminar tersebut yang telah dijadual diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini."

"Dengan segala info dan fakta yang ada nanti, mereka (wakil rakyat) boleh membuat pencerahan kepada orang ramai serta menepis tohmahan pembangkang atau mana-mana pihak lain  berkaitan dengan penubuhan Malaysia," jelas Karim lagi.

"Malah, petang tadi di sebuah majlis di Sempadi, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem secara khusus telah menyentuh perkara ini."

Karim, yang juga memegang portfolio Menteri Muda Perumahan menyatakan tindakan SSKM ini (menghasut orang ramai) melampau dan tindakan tegas patut diambil atas mereka sekira betul ada ura-ura mereka nak bawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Menurut satu sumber lain yang boleh dipercayai, antara yang akan menjadi speaker dalam seminar tersebut adalah Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Semalam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Syukri  ketika dihubungi Sarawakiana menyatakan kerajaan telah pun mula mengambil tindakan ke atas  pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan agar rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. 

"PDRM pada masa ini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang disifatkan mampu menggugat keamanan dan kestabilan khususnya di kedua-dua negeri itu dan tindakan boleh di ambil ke atas SSKM oleh pihak berkuasa di mana mereka boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948," jelas Nancy. -Sarawakiana

Seminar Penubuhan Malaysia Pemimpin BN Sarawak Seminar Penubuhan Malaysia Pemimpin BN Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on September 04, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Amat setuju dgn program penerangan yg bakal diadakan kelak.

    Jgn pulak program dihad dgn ceramah dan majlis penerangan semata2.

    Elok diadakah sesi dialog/forum soal jawab.Let the audience participate too.

    Jemput semua.Jgn tertutup exclusive kpd VIP/YB saja.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.