Seo Services

Jenazah Tambi DiKebumikan Bersebelahan Kubur Isteri & Anaknya






KUCHING: Jenazah Allahyarham Tambi Jiee, 49, salah seorang mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Penerbangan MH17 selamat dikebumikan bersebelahan dengan kubur isteri dan anaknya di Tanah Perkuburan Islam Samariang sebentar tadi.

Sebelum itu, jenazah Tambi telah disembahyangkan di Masjid Jamek Petra Jaya tepat jam 12:45 tengahari di pimpin oleh Imam besar Negeri Datuk Haji Jorgi Suhaili. Turut serta menyempurnakan sembahyang jenazah adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Muhammad Asfia Awang Nassar, Menteri Perlancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg Serta dif-dif kenamaan yang lain

Lebih kurang jam 11:40 pagi tadi, jenazah Allahyarham Tambi yang diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) "Charlie" dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mendarat di Pengkalan TUDM Kuching.

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah di Pengkalan TUDM Kuching termasuk Tuan Yang Terutama Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Sri Raghad Kurdi Taib, Menteri Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Keluarga Datuk Seri Hajah Rohani Karim, Menteri Perancangan Sumber & Alam sekitar II Datuk Amar Awang Tengah dan dif-dif kenamaan yang lain.

Pada 22.Ogos yang lepas, jenazah isteri Tambi serta anak sulung mereka, Allayarhamah Ariza Ghazalee, 46, dan Allahyarham Muhammad Afif Tambi, 19, telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Ariza dan Muhammad Afif adalah di antara 20 jenazah mangsa tragedi pesawat Penerbangan MH17, kumpulan pertama yang berjaya dibawa balik ke Tanah Air dari Amsterdam, Belanda pada hari tersebut.

Keluarga yang berasal dari Sarawak ini pulang dari Kazakhstan, untuk menetap di Malaysia di mana sebelumnya Tambi telah bertugas selama lebih kurang tiga tahun sebagai kakitangan Shell.

Sehingga hari ini, hanya tiga jenazah keluarga berkenaan; Tambi, Ariza dan Afif telah berjaya dikenalpasti dan dibawa balik ke Sarawak manakala jenazah Allayarham Muhammad Afzal, 17, Allahyarhamah Marsha Azmeena, 15 dan Allayarham Muhammad Afruz, 13, masih lagi dalam proses pengecaman identiti dan DNA di Belanda. 

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Al-Fatihah buat Allahyarham dan Keluarganya.-Sarawakiana

Jenazah Tambi DiKebumikan Bersebelahan Kubur Isteri & Anaknya Jenazah Tambi DiKebumikan Bersebelahan Kubur Isteri & Anaknya Reviewed by Salfian Nawawi on September 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.