Seo Services

Pimpinan Baru Akan Memperkasa & Mengakhiri Kemelut SUPP




KUCHING: Pemilihan untuk kepimpinan baru dalam Sarawak United People's Party (SUPP) di Persidangan Pewakilan tiga tahun sekali SUPP yang berlangsung esok memberi harapan menghentikan semua pertelingkahan dalaman dan mengakhiri kemelut dalam SUPP.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sepanjang tiga tahun "bertelingkah", beliau yakin semua mereka (pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli SUPP) pastinya sudah bosan dengan perkara-perkara yang menimpa SUPP selama ini.

"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), saya sentiasa berdiri bersama SUPP kerana saya percaya kepada prinsip politik yakni, tiada siapa yang lebih besar daripada kepentingan parti."

"Kami, sebagai pemimpin semestinya mahu yang terbaik buat pihak yang kami wakili. Oleh itu, kita perlu memastikan parti kita adalah kuat."

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan SUPP Ke-23 di Dewan Sa'ati, Ibu Pejabat SUPP, Jalan Ong Kee berhampiran Bandaraya ini semalam.

"Sekiranya kita berkerjasama secara kolektif, kita akan menjadi lebih kuat daripada jumlah individu dan itulah sebabnya saya tidak mahu SUPP dibatalkan pendaftarannya."

"SUPP perlu teruskan sebagai sebuah parti politik .. kita tidak mahu dibatalkan pendaftarannya.. jika kita ingin mencari kesalahan, DAP mempunyai banyak (kesalahan) .. PKR adalah lebih teruk tetapi kita tidak berbuat demikian kerana kita percaya kepada prinsip demokrasi. "

Najib menegaskan bahawa perkara yang paling penting buat SUPP kini adalah untuk mengekalkan sokongan dan keyakinan rakyat Sarawak.

"Saya harap ini (pemilihan pimpinan SUPP yang baru) akan mengakhiri sikap berpuak-puak dalam SUPP dan  setelah anda memilih kepimpinan baru esok, anda mesti bersatu di belakang kepimpinan baru SUPP."

"Apabila lawatan saya ke Sarawak seterusnya kelak, saya mahu mendengar suara yang menenangkan semuanya dalam SUPP," kata Najib bagaikan memberi satu cabaran kepada SUPP.

"Apabila SUPP "kembali" nanti, saya mahu ianya menjadi lebih kukuh, sedia berjuang untuk BN dan menyumbang kepada kemenangan yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Mengingatkan bahawa terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan, Najib menyatakan, jika semua pihak mempunyai perpaduan dan semangat serta hati yang baik, ianya pasti akan memberi kita harapan baru untuk masa depan yang lebih baik.

"Anda mesti melakar arah baru untuk SUPP ... anda mesti mempunyai rancangan yang kuat untuk menyampaikan perubahan sebenar kepada rakyat," katanya sambil menambah bahawa semua pihak tidak boleh hidup secara retorik kerana semuanya mesti mempunyai rancangan tertentu dan memberi keyakinan kepada rakyat supaya mereka akan terus menyokong SUPP.

"Adenan (Ketua Menteri) dan saya berada di sini untuk menyokong anda tetapi saya tidak boleh mengambil menerima parti yang mempunyai banyak masalah kerana itu adalah tanggungjawab bagi kami berdua," katanya lagi.

"Jangan berbicara (Sarawak nak) meninggalkan Malaysia kerana bukan sahaja Sarawak cukup besar untuk rakyat malah Malaysia adalah cukup besar untuk semua orang," katanya memberi jaminan bahawa kehadiran beliau di sini (di Sarawak) adalah untuk memberi sokongan penuh beliau untuk SUPP sebagai pengerusi BN.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin dan pemimpin komponen BN Sarawak yang lain. - Sarawakiana
Pimpinan Baru Akan Memperkasa & Mengakhiri Kemelut SUPP Pimpinan Baru Akan Memperkasa & Mengakhiri Kemelut SUPP Reviewed by JANUARIUS on September 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.