Seo Services

Johari Sokong Cegah Ekstrimis Dari Memasuki Sarawak


Majoriti rakyat Malaysia yang selama ini berdiam diri mesti bersuara menolak aktiviti-aktiviti ekstrimis yang nampaknya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Menteri Perlancongan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata demikian sambil memberi sokongan penuh kepada ucapan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem yang menegaskan tiada ruang langsung buat ekstrimis di Sarawak pada Mesyuarat Persidangan SUPP semalam.

Johari, yang juga Menteri Perumahan mendedahkan beliau sebelumini telah berbincang dengan Adenan dan mereka berdua bersetuju bahawa ada keperluan untuk mengekang kemasukan ekstrimis agama dan perkauman untuk masuk ke Sarawak yang selama ini, rakyat pelbagai kaum hidup dalam aman damai dan harmoni.

"Kita mesti mengekalkan kestabilan keadaan aman damai di Sarawak maka mereka yang mempunyai kecenderungan ekstrimis baik dari segi kelakuan atau percakapan harus di sekat daripada memasuki Snegeri ini."

"Sejak kebelakangan ini, gerakan ekstrimis, terutamanya dari Semenanjung Malaysia telah mula "menunjukkan belang", tambahnya Johari, yang juga ADUN Satok kepada pemberita pada satu majlis di sini semalam.

Sebelum ini, Adenan telah menegaskan Sarawak sememangnya tiada ruang dan tidak akan mengalu-alukan kedatangan ekstrimis di negeri ini.

"Sarawak lebih berpegang kepaqda sikap kesederhanaan bukannya ekstrimis, Sarawak ini cukup luas untuk semua orang," kata Adenan. -Sarawakiana

Johari Sokong Cegah Ekstrimis Dari Memasuki Sarawak Johari Sokong Cegah Ekstrimis Dari Memasuki Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on September 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.