Seo Services

Peter Chin Yakin Sim Mampu Memimpin SUPP


Bekas Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin Fah Kui yakin SUPP yang kini di terajui Senator Datuk Sim Kui Hian akan bergerak ke hadapan serta mendapat lebih banyak sokongan rakyat jika dibandingkan sebelum ini.

"Sim telah lama bekerja bersama saya sebagai Setiausaha SUPP dan selain daripada menjadi seorang presiden yang baik, beliau juga mempunyai daya kepimpinan yang kuat dan ini akan menjadikan SUPP bertambah kuat."

Chin yang di temui pemberita selepas majlis penutupan Persidangan SUPP ke-23 yakin Sim mampu menerajui SUPP dan cabaran pertama buat Sim yang menguji kepimpinan beliau adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan bila-bila masa nanti.

"Kita menjangka keputusan PRN (buat SUPP) akan berkeputusan lebih baik dari sebelum ini," katanya lagi.

"Sim mempunyai satu pasukan yang kuat di tambah lagi beliau disokong penuh oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini amatlah penting."

Ditanya apakah peranan beliau (Chin) selepas ini, Chin berkata terdapat satu cadangan untuk melantik beliau, datuk David Teng dan Datuk Alfred sebagai penasihat SUPP.

"Sebagai penasihat, saya rasa kami boleh lagi memainkan peranan berkongsi sama pengalaman kami dengan Ahli-Ahli MKT SUPP," tambahnya.

Apabila ditanya mengenai permohonan United People's Party (UPP) untuk menjadi parti komponen BN Sarawak, Chin menegaskan beliau menentang keras kemasukan UPP ke dalam BN Sarawak dan sekiranya UPP tidak mendapat sokongan penuh, ia tidak boleh masuk BN kerana itu adalah perlembagaan BN.

Pemilihan Ahli MKT SUPP semalam menyaksikan beberapa jawatan tertinggi parti tersebut tidak dipertandingan. Berikut adalah senarai nama Ahli MKT SUPP 2014-2017:

Presiden-Senator Datuk Dr Sim Kui Hian
Timbalan Presiden-Dato’ Sri Richard Riot laem
Naib Presiden-Datuk Lily Yong Lee Lee
Naib Presiden-Datuk Francis Haden Hoilis
Naib Presiden-Datuk Lee Kim Shin
Naib Presiden-Dato Ting Chek Sil
Naib Presiden & Pengerusi C. Seksyen Belia-Tan Kai
Naib Presiden & Pengerusi C. Seksyen Wanita-Datin Janiffer Chee Monie
Ketua Setiausaha-Dato Sebastian Ting Chiew Yew
Timbalan Ketua Setiausaha-Sih Hua Tong
Timbalan Ketua Setiausaha-Tan Joo Phoi
Penolong Setiausaha Agung-Karambir Singh Honey
Penolong Setiausaha Agung-Teng Ling Woo
Penolong Setiausaha Agung-Bong Lian Huan
Penolong Setiausaha Agung-George Thien Chin Seh
Bendahari-Ding Kuong Hing

-Sarawakiana

Peter Chin Yakin Sim Mampu Memimpin SUPP Peter Chin Yakin Sim Mampu Memimpin SUPP Reviewed by Salfian Nawawi on September 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.