Seorang wanita mempunyai keunikan yang tersendiri apabila wajah dan bentuk fizikalnya tidak ubah seperti seorang bayi kecil. Wanita ini juga sudah pun mencecah usia 30 tahun.
Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do
Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih
mempunyai badan seperti bayi 9 bulan.
Wanita pelik ini bagaimanapun tinggal
bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri
daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal
dunia 13 tahun yang lalu. Di atas merupakan gambar wanita pelik ini yang seperti
seorang bayi.
Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan
bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun
miskin, dia mendapat kasih sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya
dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat
hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk
dijaga.
Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya
bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang
membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau
mental.
Kelihatan Seperti Bayi Kecil di usia 30an
Reviewed by uMieySurianie
on
September 11, 2014
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 11, 2014
Rating:

No comments: