KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih tahu selok-belok persempadanan semula malah ianya ada terkandung dalam Undang-undang Perlembagaan Negeri.
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Haji Naroden Haji Majais berkata maka tidak perlulah ada pihak yang memberi gambaran sembilan kerusi yang dianggarkan SPR diwujudkan hanya untuk sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang dipecat dari parti masing-masing.
"Sesiapa beranggapan begitu sememangnya adalah terlalu kebudak-kebudakan dan jenaka yang kurang baik," katanya lagi sambil menambah SPR boleh mewujudkan persempadanan semula di kawasan perundangan negeri Sarawak bagi tempoh lapan hingga sepuluh tahun.
“Mengapa SPR bercadangan untuk melakukan persempadanan semula?," persoal Naroden yang memegang portfolio Menteri Muda Perancangan Sumber yang kemudiannya menerangkan kita mesti peka, dalam tempoh yang agak lama iaitu lapan hingga sepuluh tahun, jumlah penduduk di negeri telah pasti meningkat.
Beliau berkata demikan, dalam responnya terhadap kenyataan Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Kuching dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Sentosa yang mempertikaikan keperluan untuk persempadanan semula kawasan sebelum ini.
"Hari ini, penduduk lebih berkemampuan serta canggih dalam pelbagai aspek maka oleh itu, permintaan dan harapan mereka semakin meningkat dan semakin rumit," jelas Naroden yang juga Timbalan Bendahari PBB.
"Terdapat keperluan yang penting untuk lebih pemberimilikan kepada penduduk di sekitarnya kerana tempat itu adalah tempat mereka tinggal dan bekerja dan oleh itu, perkara tersebut mesti dilakukan lebih holistik dengan perancangan terperinci dilaksanakan."
“Lebih kecil kawasan tersebut, lebih mudah dan berkesan bagi melakukan perancangan, perlaksanaan dan pentadbiran maka, keperluan untuk persempadan semula adalah amat dialu-alukan bagi memenuhi dan memuaskan permintaan dan jangkaan," katanya lagi.
Naroden, yang juga ADUN Simunjan menegaskan persempadanan ini amat diperlukan untuk menjalankan perancangan yang lebih baik dan efektif dari segi menguruskan sumber yang kaya di negeri ini dan dari sumber tersebut juga akan memberi banyak manfaat kepada rakyat khususnya dan ekonomi negara keseluruhannya kelak.
"Lebih atau kurang daripada sembilan kerusi, biarlah pihak SPR yang menentukan dan dengan itu, PR tidak perlu merujuk kepada mana-mana parti politik," katanya lagi sambil menambah walaupun cadangan itu harus melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memerlukan sokongan lebih daripada dua pertiga majoriti untuk mendapatkan ia diluluskan.
"Persempadanan semula tidak direka untuk manfaat kepada hanya parti politik dan seperti yang dikatakan oleh ADUN Asajaya Datuk Abdul Karim sebelum ini, Kota Sentosa telah diwujudkan selepas persempadanan semula dilaksanaka, DAP telah mendapat menjoriti yang baik dalam kawasan itu."
“Chong seharusnya tahu kawasan Simunjan adalah 10 kali ganda daripada Kota Sentosa dan saiz kawasan Belaga adalah hampir sama dengan yang lebih 20 kali saiz Kota Sentosa,” ujarnya. itu menambah, bedasarkan saiz tersebut sudah tentu bilangan penduduk atau pengundi di kawasan luar bandar adalah lebih kecil.
“Chong boleh meliputi sebarang kawasan di kawasan bandar dengan sehari atau perkara itu di Kota Sentosa, sesiapa sahaja boleh tutup kawasan dengan dua jam berbanding dua hingga lima hari di beberapa kawasan luar bandar,” tegasnya lagi. -Sarawakiana
DAP Tidak Perlu Persoal SPR Tentang Persempadanan Semula
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
September 11, 2014
Rating:
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
September 11, 2014
Rating:

No comments: