Seo Services

Keluarga Redha Menanti Jenazah Mangsa MH17 Kembali


Kuching : Walaupun bersedih ahli keluarga tetap redha menanti kepulangan jenazah Allahyarham Tambi Jiee yang terkorban dalam nahas penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu.

Madzalina Ghazalee kakak kepada Allahyarhamah Ariza Ghazalee telah berangkat ke Kuala Lumpur hari ini bersama suaminya Irwan Zulkarnain Hasbi dengan menaiki pesawat (MAS) MH2521 pada pukul 2.35 petang tadi untuk menghadiri istiadat penerimaan jenazah Allahyarham Tambi Jiee esok.

Segala urusan akan diadakan di Komplek Bunga Raya KLIA dan kemudian akan dibawa ke Lapangan Terbang TUDM. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kuching selepas solat zohor esok.

Jenazah dijangka akan sampai di Kuching esok pada pukul 11 pagi.

Jenazah isterinya Ariza Ghazalee,47 dan anak sulungnya Mohd Afif,19 bagaimanapun telah selamat dikebumikan pada 22 Ogos lepas bersempena Hari Berkabung Malaysia.

Tiga lagi anak beliau yang lain Mohd Afzal,17, Marsha Azmeena,15, dan Mohd Afruz,13 masih lagi dalam proses mengenalpasti mangsa.

Keluarga yang berasal dari Sarawak ini pulang dari Kazakhstan, untuk menetap di Malaysia di mana sebelumnya Tambi telah bertugas selama lebih kurang tiga tahun sebagai kakitangan Shell.-SARAWAKIANA
Keluarga Redha Menanti Jenazah Mangsa MH17 Kembali Keluarga Redha Menanti Jenazah Mangsa MH17 Kembali Reviewed by Unknown on September 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.