Seo Services

Kenapa CLIXSTER Bukan Perkhidmatan Mudah Alih Yang Biasa?


MENGAITKAN kematian dengan perkhidmatan mudah alih, kelihatannya seperti pakai kain batik di majlis Cocktail – tak kena, tak sesuai.

Tapi inilah pendekatan yang diambil syarikat mudah alih milik penuh bumiputra, CLIXSTER Mobile yang menjadikan khairat kematian sebagai salah satu produk utama syarikat tersebut selain perniagaan teras sebagai syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih di negara kita.

Pendekatan seumpama ini mungkin bukan yang pertama seumpamanya di Malaysia, jangan kata itu, subjek kematian ini pun kalau boleh tak mahu jadi topik perbincangan walaupun tahu setiap orang akan akhir mati juga.

Tapi kalau boleh dikatakan, perkhidmatan khairat kematian atau mykhairat yang disediakan CLIXSTER adalah yang pertama memberi pengkhususan kepada persediaan kematian untuk orang Islam.

Penulis katakan khusus kerana selain urusan berkaitan kematian yang biasa, waris pelanggan mykhairat juga diperuntukkan wang untuk mengadakan tahlil!!!!

Apa yang lebih sempurna dari itu?

Caranya untuk melanggan juga cukup mudah malah sesuai dengan cara hidup masyarakat pada zaman ini yang selalu dihimpit kesibukan – hanya melalui sumbangan kecil dari kredit telefon pelanggan CLIXSTER.

Selepas tempoh matang selama 30 hari, waris kepada pelanggan yang sudah mendaftar layak menerima semua kemudahan yang disediakan di bawah pakej mykhairat.

Menariknya, khidmat yang disediakan bukan sekadar kemudahan kewangan semata-mata, bagi duit dan lepas tangan, bukan macam itu.

Tak keterlaluan kalau penulis katakan (setelah meneliti perkhidmatan ini), mykifayah adalah satu khidmat perundingan untuk hal – hal berkaitan kematian yang dirangka khusus untuk memudahkan waris dalam menghadapi saat saat sukar ini. - (sumber)

Maklumat lengkap mengenai mykifayah boleh dirujuk di sini.
Kenapa CLIXSTER Bukan Perkhidmatan Mudah Alih Yang Biasa? Kenapa CLIXSTER Bukan Perkhidmatan Mudah Alih Yang Biasa? Reviewed by Admin on September 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.