Kuala Lumpur – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Istana Budaya untuk menonton teater ‘Supermokh Sebuah Musikal’.
Ketibaan baginda pada 8.15 malam disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
‘SuperMokh Sebuah Musikal’ diinspirasikan daripada kisah lagenda bola sepak tanah air, Datuk Mokhtar Dahari yang mendapat jolokan SuperMokh dalam kalangan peminat bola sepak negara kerana kehebatannya beraksi di padang.
Teater itu pernah dipersembahkan pada November tahun lepas dan ditayangkan semula tahun ini atas titah Sultan Sharafuddin.
Mokhtar, yang dilahirkan di Setapak pada 13 Nov 1953, pernah mewakili Malaysia dari 1972 hingga 1985.
Allahyarham meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 37 tahun akibat penyakit Mascular Dystrophy.
Ketika hayatnya, Allahyarham yang bermain di posisi penyerang, menjaringkan 177 gol semasa mewakili pasukan Selangor dan 197 gol ketika mewakili negara.
Teater muzikal arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskander itu membariskan artis terkenal seperti Awie, Maya Karin, Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir dan Radhi Khalid.
Turut menyaksikan persembahan berdurasi dua jam 10 minit itu ialah isteri Allahyarham Mokhtar, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, bekas pemain bola sepak negara serta atlet seperti ratu skuasy Datuk Nicol David.
Hans Isaac dalam ucapan aluannya berkata beliau dimaklumkan bahawa Allahyarham Mokhtar merupakan seorang yang berdisiplin, gigih dan tidak mudah putus asa. - Suara TV
Sultan Selangor Tonton ‘SuperMokh Sebuah Musikal’ Bersama PM Dan Khalid Ibrahim
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
September 10, 2014
Rating:
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
September 10, 2014
Rating:

No comments: