Seo Services

Kerajaan Sedang Mempertimbangkan Akta Hasutan Diteruskan


Akta Hasutan mungkin akan di teruskan bagi mengekang mereka-mereka yang tidak bertanggung-jawab menghasut orang ramai yang boleh menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat k,ita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Haji Shukri berkata kalau kita melihat kebelakangan ini, semakin bertambah bilangan orang mendesak kerajaan supaya meneruskan Akta Hasutan di sebabkan tindakan beberapa pihak yang seakan mencabar kerajaan.

"Memang itu (meneruskan Akta Hasutan) sudah ada dalam perancangan kita, tetapi apa yang kita kesal degnan pihak yang tidak bertanggungjawab ini, mereka secara sengaja untuk memprovokasikan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa mengikuti langkah dibawah akta hasutan."

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Blok Baru SJK Chung Hua Jemukan, Sadong Jaya semalam.

Beliau di tanya pemberita mengenai tindakan pihak yang mengelarkan diri mereka sebagai aktivis "Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia" (SSKM) yang telah menimbulkan kontroversi dan menghasut orang ramai mengenai isu agar Sarawak Sabah keluar Malaysia.

"Jadi kalau kita lihat kebelakangan ini, terutama sekali sewaktu kita menghadapi hari kemerdekaan di Malaysia, ianya adalah tidak manis dilihat oleh negara luar, seolag memneri gambaran kita tidak menghormati antara satu sama lain, budaya lain, agama lain dimana kita memprovokasikan budaya lain agama lain dan juga institusi diraja."

"Oleh kerana kita tidak mempunyai undang-undang lain untuk menanganinya untuk menunjukkan kestabilan kita, kita terpaksa mengambil tindakan dibawah akta hasutan kerana itulah ada pada kita setakat ini," katanyan sambil menambah  bagi mereka yang melakukan kesalahan ini, kebanyakkan apa yang kita nampak seolah-olah dengan sengaja mencabar kerajaan negeri.

"Kerajaan Malaysia tidak boleh duduk diam sebaliknya harus bertindak ke atas pihak-pihak yang menimbul kontroversi mahukan Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," tegas Nancy lagi.

"Sebagai sebuah kerajaan yang stabil yang menghormati dari segi keamanan kesemua bangsa dan negara, kita terpaksa bertindak kerana jikalau kita tidak bertindak ianya nampak seolah-olah kita sebagai sebuah kerajaan yang lemah dan pihak lain akan melihat apakah yang kerajaan akan lakukan untuk menangani masalah ini."

"Dan kita sebagai sebuah kerajaan juga perlu menunjukkan ketegasan kita .. kita tahu pihak pihak ini memang secara sengaja membuat provokasi sehingga melibatkan orang luar daripada negara kita," katanya lagi.

"Kalau kita tidak mengambil tindakan, bilangan mereka akan bertambah terutama sekali kita di negeri Sabah dan Sarawak dimana orangramai boleh terpengaruh dengan hasutan SSKM di laman-laman sosial mereka ingin membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia."

"Mereka (SSKM) sebenarnya tidak mempunyai hak untuk membawa kita (keluar dari Malaysia) kerana ini bukannya keputusan mereka."

"Oleh sebab itu, saya amat menyanjung tinggi dan menghormati sikap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Haji Adenan Satem yang dari awalnya tidak membenarkan mana-mana mereka yang boleh mengancam suasana politik di Sarawak tidak diterima masuk ke negeri ini."

"Jadi disinilah orang Sarawak dapat melihat bagaimana kita tegas untuk memastikan perpaduan di kalangan kita agar ia kekal," katany sambil mengingatkan sementara kita menyambut hari kemerdekaan, hari Malaysia ini seharusnya kita menunjukkan sikap yang baik tetapi mereka yang melakukan perkara tidak baik ini ialah kebebasan bersuara.

"Siapa yang tidak memberi peluang mereka untuk bersuara? Boleh, tetapi janganlah sehingga menimbulkan sakit hati dan kemarahan orang lain," kata Nancy lagi. -Sarawakiana

Kerajaan Sedang Mempertimbangkan Akta Hasutan Diteruskan Kerajaan Sedang Mempertimbangkan Akta Hasutan Diteruskan Reviewed by Salfian Nawawi on September 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.