Seo Services

Regatta Sarawak Inspirasi Keharmonian Masyarakat



 


Regatta Sarawak merupakan alternatif bagi budaya memotong kepala dan mengakhiri perbalahan antara kaum terus menjadi simbol kekuatan perpaduan rakyat di negeri ini. 

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem memberitahu semenjak mula dianjurkan sukan yang lebih 100 tahun ini sentiasa mendapat sambutan rakyat tempatan dan luar negara. 

"Ianya (Regatta Sarawak) adalah sukan yang terawal di mulakan di negeri ini iaitu pada tahun 1872 dan tahun ini merupakan siri ke-142," katanya lagi dalam ucapan sewaktu merasmikan Pelancaran Regatta Sarawak 2014 di Tebingan Kuching sebentar tadi.

"Synonim dengan tema pada tahun ini iaitu "the Race for Harmony" (Perlumbaan Untuk Harmoni), aktiviti ini di harapkan dapat memperkasakan lagi suasana harmoni sertameningkatkan tolerasi di antara pelbagai kaum di Sarawak."

"Regatta tahun ini nampak lebih meriah dengan penyertaan acara lumba perahu naga antarabangsa dari 10 buah negara asing termasuk Hong Kong, Brunei, Singapura, Filipina, Australia dan lain-lain lagi.

Dua acara yang menarik perhatian orangramai yang dijangka mencecah lebih 10,000 orang yang mengunjungi Tebingan Kuching untuk menyaksikan Majlis Perasmian Regatta Sarawak 2014 adalah Acara Brooke Swim dan Acara menangkap itik.


Teo Ah Hua, bekas perenang SUKMA Sarawak pada tahun 90-an mengalahkan lebih 20 peserta yang mengambil bahagian dalam Acara Brooke Swim dimana beliau membawa pulang balik hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.


Sementara itu,  Azri Sulaiman dari Batu Lintang yang menangkap itik kurang dari 45 saat selepas hon permulaan dibunyikan membawa pulang wang tunai RM50 dan itik yang ditangkap beliau.

Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang akan merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah pada hari Ahad ini. -Sarawakiana

Regatta Sarawak Inspirasi Keharmonian Masyarakat Regatta Sarawak Inspirasi Keharmonian Masyarakat Reviewed by Salfian Nawawi on September 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.