Seo Services

Majlis Perarakan Hari Bandaraya Kuching 2014


Hujan lebat tidak menghalang lebih 5,000 warga-warga Bandaraya Kuching menghadiri Majlis Perarakan Hari Bandaraya Kuching 2014 yang berlangsung di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman sebentar tadi.

Majlis Perarakan Hari Bandaraya Kuching 2014 sempena Hari Bandaraya Kuching yang ke-26 telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang di temani isteri Puan Sri Raghad Kurdi-Taib.

Perarakan tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan disusuli dengan pertunjukan bunga api selama tujuh minit.

Kumpulan yang mendahului perarakan tersebut adalah kumpulan Big-Bikers,  Kuching Classic Vespa, Cars of YesterYears dan kereta-kereta berhias dari 60 pelbagai agensi, jabatan kerajaan, persatuan dan sebagainya.

Antara orang kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem serta isteri Puan Sri Dato Hajah Jamilah dan def-def kenamaan yang lain. (Klik di sini untuk melihat gambar-gambar di sepanjang Majlis Perarakan Kuching 2014) -Sarawakiana

Majlis Perarakan Hari Bandaraya Kuching 2014 Majlis Perarakan Hari Bandaraya Kuching 2014 Reviewed by Salfian Nawawi on September 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.