Seo Services

Altel masuki pasaran Sarawak


KUCHING: Syarikat perkhidmatan telekomunikasi mudah alih prabayar baharu di Malaysia, Altel Communications Sdn. Bhd. secara rasmi dilancarkan di Sarawak hari ini dengan sasaran untuk membuka pusat servis di lima bandar utama di seluruh negeri menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Presiden Jualan, Rosli Manaf berkata, kemasukan Altel ke negeri ini menandakan rancangan peluasan agresif untuk membawa perkhidmatan jalur lebarnya ke seluruh Malaysia sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat.

"Altel membelanjakan RM50,000 untuk sebuah pusat servis. Pusat servis pertama Altel di negeri ini akan dibuka di Kota Samarahan bulan ini.

"Empat lagi pusat servis akan dibuat bermula Oktober depan di empat lagi lokasi iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri menjadikan lima pusat servis dibuka menjelang hujung tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Altel adalah unit kepada Puncak Semangat Sdn. Bhd. (Puncak Semangat), iaitu syarikat pegangan di bawah Al-Bukhary Group bagi menumpukan sektor perkhidmatan teknologi maklumat.

Pada penghujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum 2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat.

Rosli berkata, sebagai langkah untuk memasarkan Altel lebih luas di Sarawak, pihaknya telah melantik tiga pengedar utama iaitu Kejora (Kota Samarahan, Bintulu), Elittisal dan Duratis masing-masing di Kuching yang telah mempunyai kira-kira 200 penjual sedia ada di bawah mereka.

Katanya, beliau berharap pengguna telekomunikasi di negeri ini dapat memberi peluang kepada Altel dan merebut peluang ditawarkan syarikat melalui kelebihan perkhidmatan 4G.

Tambahnya, pelanggan boleh memiliki pek prabayar Altel pada harga RM7 dengan nilai RM5 dan kadar panggilan tempatan adalah 16 sen seminit, manakala lima sen bagi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) dan 25 sen bagi sistem pesanan multimedia (MMS). -UM 

Altel masuki pasaran Sarawak Altel masuki pasaran Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on September 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.