Seo Services

Kerajaan Tidak meng'anaktiri'kan SJKC mahupun SJKT

 
KOTA SAMARAHAN: Di Sarawak dan Malaysia amnya, tiada pernah timbul isu bahawa kerajaan pusat meng-‘anaktiri'kan sekolah aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Haji Shukri menyatakan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menyediakan peluang pendidikan untuk kaum-kaum utama negara ini.
 
"Oleh itu, tidak timbul isu bahawa kerajaan pusat meng-‘anaktirikan’ sekolah aliran SJKC mahupun SJKT," kata Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Blok Baru SJK Chung Hua Jemukan, Sadong Jaya berdekatan di sini pagi tadi.
 
"Ini (Blok Baru SJK Chung Hua Jemukan) adalah antara contoh terbaik yang perlu ditunjukan bahawa meskipun SJK Chung Hua Jemukan sebuah sekolah aliran Cina, ia tidak meminggirkan kepentingan pelajar walaupun bukan dari kaum Cina."
 
Semangat perpaduan sebeginilah yang menjadikan masyarakat Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang sangat dikagumi seluruh dunia inilah yang harus kita pilihara dan kekalkan sehingga ke generasi akan datang," katanya lagi.
 
SJK Chung Hua mempunyai seramai lebih 70 orang murid dan seramai 46% adalah daripada kaum bumiputera. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.
 
"Kos pembinaan dua buah blok baru tersebut adalah sebanyak RM80,000 dan dengan adanya blok baru ini akan menempatkan sebuah makmal sains, sebuah bilik pemulihan, sebuah bilik darjah untuk tahun satu dan sebuah bilik darjah untuk tahun 2."
 
"Blok ini juga akan menempatkan sebuah kelas agama," kata Nancy lagi.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan juga tetamu jemputan. -Sarawakiana
Kerajaan Tidak meng'anaktiri'kan SJKC mahupun SJKT Kerajaan Tidak meng'anaktiri'kan SJKC mahupun SJKT Reviewed by uMieySurianie on September 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.