Seo Services

Kemeriahan Regatta Sarawak 2014






Empat acara akhir di jadualkan berlangsung pada hari ke-3, yang juga hari perasmian Regatta Sarawak 2014 esok akan menjadi rebutan pasukan-pasukan pekayuh yang mengambil bahagian.

Acara tersebut adalah; Kenyalang Terbuka, Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Antara Bahagian), Bidar 10 Pekayuh Lelaki dan Bidar 30 Pekayuh Lelaki Piala Pusingan PETRA.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem dijadualkan untuk menrasmikan Regatta Sarawak 2014 lebih kurang jam 10 pagi.

Selain dari kategori-kategori tersebut, acara "Brooke Swim", menangkap itik, Kayak dan saringan kategori Sarawak International Dragon Boat Regatta juga akan dijadualkan berlangsung pada hari yang sama.

Regatta Sarawak kali ini dijangka lebih meriah bukan saja dari sambutan orang ramai yang datang untuk menonton perlumbaan namun jumlah penyertaan juga telah bertambah.

Namun perlumbaan yang amat dinantikan adalah acara "Raja Sungai" yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 yang akan diadakan pada hari terakhir Regatta Sarawak 2014 (Ahad).

Regatta Sarawak tahun ini juga menyediakan pelbagai jarak perlumbaan antara 500 meter ke 1.8 kilometer dalam lima kategori; Perahu Balok, Bidar, Kenyalang, Tambang dan Kayak.

Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang akan merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah pada hari tersebut.

Pada hari ini (Hari ke-2), sebanyak 17 perlumbaan diadakan membabitkan lima perlumbaan akhir; Kayak Perseorangan Wanita, Bidar 10 Pekayuh Wanita, Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Antara Agensi Kerajaan/Ahli Koperat), Kayak Bergu Lelaki dan Bidar 15 Pekayuh Campuran (10 Lelaki + Lima Wanita). 

Pada sesi perlumbaan awal pagi tadi, ribuan peminat-peminat lumba perahu mengunjungi Tebingan Kuching untuk menyaksikan perlumbaan dan jumlah penonton akan dijangka berganda pada hujung minggu ini.-Sarawakiana

Kemeriahan Regatta Sarawak 2014 Kemeriahan Regatta Sarawak 2014 Reviewed by Salfian Nawawi on September 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.