Seo Services

Khairy Mahu Pemilihan PSM Telus Tanpa Keraguan

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu mesyuarat pemilihan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Sabtu ini dijalankan secara telus dan tanpa sebarang keraguan.

Beliau berkata, ini termasuk mendedahkan senarai nama semua perwakilan yang boleh mengundi dalam pemilihan itu.

“Saya bertanding dalam UMNO pun tahu siapa perwakilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 kementerian itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PSM, Datuk Markiman Kobiran menyifatkan situasi pemilihan mesyuarat PSM sebagai ‘bertanding dalam gelap’ memandangkan senarai nama semua 72 perwakilan yang boleh mengundi masih belum didedahkan.

Markiman, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor menyeru agar pemilihan pucuk pimpinan bagi penggal 2014-2017 itu dijalankan secara telus.
Khairy Mahu Pemilihan PSM Telus Tanpa Keraguan Khairy Mahu Pemilihan PSM Telus Tanpa Keraguan Reviewed by JANUARIUS on September 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.