Seo Services

Majlis Pengucapan Puisi Bandaraya Kuching 2014

Hujan renyai pada Malam Merdeka tidak menghalang lebih dari 200 warga Bandaraya Kuching untuk menghadiri majlis "Pengucapan Puisi Bandaraya Kuching 2014 sempena dengan Hari Ulang Tahun Bandaraya Kuching Ke-26 semalam.

Diadakan di Amfiteater Godown, Tebingan Kuching di sini, amfiteater terbuka tersebut penuh sesak dengan orang ramai sejak jam 6 petang lagi biarpun acara itu hanya bermula secara rasminya pada jam 8.30 malam.

Tetamu terhormat majlis tersebut adalah Menteri Perlancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang diiringi isterinya Datin Amar Hajah Juma'ani Tuanku Haji Bujang.

Selepas upara memotong kek sempena Ulang Tahun Bandar Kuching 26 2014, Johari mendekilasikan puisi bertajuk "Ciptalah Malaysia Berjaya".

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Perlancongan Datuk Haji Talib Zulpilip, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Haji Abdul Wahap Abang Julai, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sarawak Datu Dr Haji Awang Sariyan, Timbalan datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Abang haji Affandi Abang Anuar dan Pemangku Residen Kuching Zamahari Haji Saidi. - Sarawakiana

Majlis Pengucapan Puisi Bandaraya Kuching 2014 Majlis Pengucapan Puisi Bandaraya Kuching 2014 Reviewed by Admin on September 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.