Seo Services

Menguasai Bahasa Inggeris Bukan Bermaknanya Lupa Pada Bahasa Ibunda Sendiri


Bahasa Inggeris merupakan bahasa penting dalam usaha kita untuk memperoleh dan mengembangkan pengetahuan, dan meningkatkan status sosio-ekonomi negara kita. 

Isteri kepada Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem; Puan Sri Dato' Hajah Jamilah berkata Bahasa Inggeris bukannya satu matapelajaran yang sukar dipelajari malah ia mampu memberi keseronokan apabila mampu menguasainya.

"Masyarakat khasnya pelajar harus mengikis rasa malu dalam menguasai bahasa asing itu," katanya sambil menambah Bahasa Inggeris merupakan kedua penting dalam penguasaan bahasa antarabangsa.

"Selepas Mandarin, Bahasa Inggeris dipergunakan secara meluas oleh lebih dari 300 juta orang di seluruh dunia dan lebih ramai orang berbahasa Inggeris daripada orang-orang yang bercakap bahasa Arab dan bahasa Perancis jika digabungkan, dan, malah China juga kini sedang berusaha untuk mengajar rakyat mereka untuk belajar bahasa Inggeris."

Jamilah berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis pelancaran "English Literacy Directions Program and English Camp for Secondary School" yang telah diadakan di Dewan SMK Lundu di Lundi pagi tadi.

Program "English Literacy Directions Program and English Camp for Secondary School" adalah program kerjasama antara Jabatan Pendidikan Sarawak dan Yayasan Sarawak yang akan di beberapa sekolah-sekolah lain di seluruh Sarawak.

"Kita boleh mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa sains, teknologi dan komunikasi," katanya sambil menambah ia merupakan bahasa ilmu kerana itu, jika kita tidak boleh menguasai Bahasa Inggeris kita terlepas banyak perkara yang penting bagi kelebihan atau masyarakat.

Memuji inisiatif Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Sarawak untuk mengadakan program tersebut, Jamilah yakin bahawa program yang akan dianjurkan pada 31 buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah di Sarawak mengukuhkan lagi penguasaan pelajar terhadapa pengunaan Bahasa Inggeris. 

"Menguasai Bahasa Inggeris bukan bermaknanya kita lupa pada bahasa ibunda sendiri yang sememngnya tetap menjadi bahasa yang utama dikalangan masyarakat," kata Jamilah sambi menyeru ibu bapa dan ketua masyarakat supaya berganding bahu memupuk minat mempelajarai bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris tidak boleh dilihat sebagai meminggirkan bahasa Melayu, tambah Jamilah sebelumnya menyampaikan set buku-buku bacaan untuk 33 guru besar dan pengetua sekolah dan melawat tapak pamiran barangan ciptaan peserta Programme "English Literacy Directions Program and English Camp for Secondary School" serta berinteraksi dengan mereka. -Sarawakiana

Menguasai Bahasa Inggeris Bukan Bermaknanya Lupa Pada Bahasa Ibunda Sendiri Menguasai Bahasa Inggeris Bukan Bermaknanya Lupa Pada Bahasa Ibunda Sendiri Reviewed by Salfian Nawawi on September 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.