Seo Services

Lelaki Maut Setelah Kereta Dinaiki Remuk Dalam Kejadian Langgar-Lari


BINTULU: Seorang lelaki maut setelah terlibat dalam satu kejadian langgar-lari di Simpang Kampung Iran, Suai di sini awal pagi tadi.

Mangsa Saddam Pengarah, 22 tahun yang beralamat di Rumah Sebli, Ulu Sikat, Mukah mati serta merta di tempat kejadian setelah kereta Kancil yang dinaikinya remuk dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

Kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 3 pagi tadi apabila kedua kenderaan tersebut bertembung.

Rakan mangsa, pemandu Kancil tersebut juga telah mengalami kecederaan di kepala dan sehingga petang tadi, belum ada sesiapa yang terlibat dalam kemalangan ini membuat laporan polis.

Mayat mangsa maut telah dibawa ke Hospital Umum Miri untuk bedah siasat dan kes ini masih dalam siasatan polis. -Sarawakiana





Lelaki Maut Setelah Kereta Dinaiki Remuk Dalam Kejadian Langgar-Lari Lelaki Maut Setelah Kereta Dinaiki Remuk Dalam Kejadian Langgar-Lari Reviewed by Salfian Nawawi on September 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.